Isnin, 30 November 2009





Majlis Qurban DUN Batu Kurau

Pada 28 November 2009 Satu Majlis Qurban Peringkat DUN Batu Kurau telah di adakan di pekarangan Kebun milik YB Dato' Kapten sendiri di Kampung Paya. YB Dato' telah menggorbankan 3 ekor lembu dan seekor kambing untuk di agihkan kepada penduduk sekitar DUN Batu Kurau. Daging - daging korban tersebut telah diserahkan kepada semua Ketua - ketua Cawangan di setiap DUN Batu Kurau.

Gambar Sekitar Majlis Qurban





Khamis, 26 November 2009




Salam Adiladha kpd Muslimin dan Muslimat sekalian, Sempena hari yang mulia ini, izinkan saya mengambil kesempatan untuk memohom ampun dan maaf di atas dosa dan kesilapan saya selama ini kerana kita sebagai manusia tidak terlepas daripadanya. Perjuangan perlukan kesabaran, justeru itu saya bersedia menerima teguran walaupun dari pihak pembangkang demi memajukan Batu Kurau, Saya berharap kita tidak mudah menyalahkan orang lain, marilah kita sama - sama hormat- menghormati di antara satu sama lain. Insya-Allah banyak lagi program akan di laksanakan untuk menjadikan Batu Kurau " Maju Dan Berilmu ".Setiap pelajar yang dapat 5A dalam peperiksaan UPSR akan saya berikan ganjaran, begitu juga kepada sekolah mereka. Akhir kata, tegurlah saya kalau ada kesilapan.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin.
Ikhlas dari saya

YB.Dato'Kapten(B) Haji Najimuddin Bin Haji Elias Al-Hafiz
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Kurau Merangkap
Penasihat Hal Ehwal Agama Kepada Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

Isnin, 23 November 2009


KURSUS PENGURUSAN JENAZAH DUN BATU KURAU
Tempat : Masjid Ar- Rizuaniah Kampung Perak
Tarikh : 21 November 2009
Masa : 8.30 pagi
Kehadiran : 100 peserta

Kursus Pengurusan Jenazah Dun Batu Kurau





Perasmian Anugerah Cemerlang Sekolah Agama Rakyat Al _ Falah


Perasmian Anugerah Cemerlang Sekolah Agama Rakyat Al _ Falah
Tarikh : 21 November 2009
Tempat : Sekolah Agama Rakyat Al Falah Kampung Perak
Masa : 9.00 pg

Perjumpaan Dengan Ketua-Ketua Wanita Cawangan Dun Batu Kurau


Perjumpaan Dengan Ketua - Ketua Wanita Cawangan Dun Batu Kurau
Tarikh : 21 November 2009
Tempat : Kamal Loungde Taiping
Masa : 2.30 petang
Kehadiran : 35 cawangan

Pertandingan Bowling Bersama YB Dato' Kapten(B) Haji Najimuddin Bin Haji Elias


Tempat: Kompleks Majlis Perbandaraan Taiping
Tarikh: 21 November 2009
Masa : 5.00 ptg

Johan Pertandingan Bowling
Puan Maznah Binti Karim
Cawangan Anak Kurau Seberang
110 Jatuhan Pin

Puan Saliza Bt. Ahmad
Cawangan Batu Kurau 102 Jatuhan Pin

Cik Aziah Bt. Manap
Cawangan Jelai dengan 97 Jatuhan Pin

Pemenang Pertandingan Bowling


Puan Normah Bt. Hamid
Cawangan Titi Kasai dengan 82 Jatuhan Pin

Aksi- aksi menarik serta Pemenang Pertandingan Bowling



Jumaat, 20 November 2009

PROGRAM BERSAMA Y.A.B PM DI SULAWESI, INDONESIA


GAMBAR KENANGAN BERSAMA
YBM DATO' SERI RAJA HJ. AHMAD ZAINUDDIN BIN RAJA HAJI OMAR

Selasa, 17 November 2009

MAJLIS MESRA RAKYAT DAN PENERANGAN SEMANGAT 1 MALAYSIA PERINGKAT DUN BATU KURAU



Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran lebih 700 orang dari sekitar DUN Batu Kurau. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB.Dato' Hamdi Bin Abu Bakar Penasihat Penerangan Negeri Perak.






Antara wajah- wajah pemenang dalam Pertandingan Bowling

Pertandingan Bowling



Pada hari yang sama iaitu pada sebelah petang telah diadakan pertandingan bowling buat semua Ketua - ketua Cawangan dan Kampung bertempat di Kompleks Majlis Perbandaran Taiping. Acara ini adalah anjuran YB Dato' Kapten (B) Haji Najimuddin Bin Haji Elias. Selain untuk bergemira tujuan sebenar acara ini di jalankan adalah untuk memupuk kemesraan sesama dan membentuk semangat kerjasama. Pelbagai aksi serta gelagat dapat disaksikan dalam kesungguhan untuk menang.

Perjumpaan Dengan Ketua -Ketua Kampung Dan Ketua- Ketua Cawangan

Satu perjumpaan dengan semua Ketua Kampung dan Ketua Cawangan telah diadakan pada 7 November 2009 bertempat di Kamal Londge Taiping. Tujuan perjumpaan itu di adakan adalah untuk meminta pandangan serta pendapat bagi sama-sama memajukan serta mendengar permasalahan yang berlaku di DUN Batu Kurau.


Rabu, 11 November 2009

Kenali Pemimpin Kita




Profil

Nama : Dato' Kapten (B) Haji Najimuddin Haji Elias
Umur : 45 tahun
Tarikh Lahir : 6 Jun 1964
Isteri: Datin Umi Kalsom Mohd Husni
Anak : 4 orang

Jawatan
- ADUN Batu Kurau ( 2004 - sekarang )
- Penasihat Hal Ehwal Islam Kepada Menteri Besar Perak

Pendidikan
- Sekolah Kebangsaan Tok Sajak Batu Kurau ( 1970-1975 )
- Sekolah Menengah Keb.Dato' Kamaruddin Batu Kurau ( 1976-1980 )
- Sekolah Pondok Penanti Bukit Mertajam(1981-1982)
- Sekolah Agama Syubaniah Batu Kurau (1983-1984)
- Diploma Menghafal Al - Quran Pusat Islam Kuala Lumpur
( 1986-1989 )

Pengalaman

- Menyertai Angkatan Tentera Malaysia ( 1986-2001 )
- Melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma di Institut Talfiz Al - Quran
Jabatan Perdana Menteri( Biasiswa ATM )
- Bersara daripada tentera dengan pangkat Kapten (2001)
- Menubuhkan sekolah Hafiz Al - Quran di Kuala Lumpur(2001)
- Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Perak 2003-2004
- Setiausaha Politik Menteri Besar Perak (2004-2008)

Jawatan Parti
- Bendahari UMNO Bahagian Larut ( 2004-sekarang)

Selasa, 10 November 2009

Jumaat, 6 November 2009

DUN BATU KURAU




GMBAR SEKITAR KEBAKARAN DI KAMPUNG AYER ITAM