Jumaat, 28 Januari 2011

Melawat En. Ramli Bin Baharin Ketua Kampung Repoh di Hospital Taiping



LE TOUR DE LANGKAWI

 YB Kapt(B) Dato' Hj. Mohd Najmuddin B. Hj. Elias telah menyampaikan hadiah bagi pemenang LeTour De Langkawi. Pelepasan Kayuhan basikal dari Taiping ke Sitiawan, Perak.



Selasa, 25 Januari 2011

JASAMU DI KENANG


Sempena Majlis Perasmian Pecah Tanah Pusat Tahfiz Nurul Imam. YB Kapt(B) Dato Hj. Mohd Najmuddin B. Hj Elias turut tidak melupakan jasa serta perjuangan kepada bekas- bekas ADUN bagi DUN Batu Kurau. Di atas inisantif YB Dato' sendiri. Keempat- empat Mantan ADUN menerima plak JASAMU DI KENANG berserta cenderahati bagi mengenang jasa dan pengorbanan mereka. Majlis penganugerahan  ini telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Perak.

Toh Pendewa Sakti Tuan Hj. Abdul Manan Bin Mat Ali


Dato' Hj. Jefri Bin Yunus 


Tuan Hj. Kassim BinMahmud


Dato' Ali Bin Mat Isa

MAJLIS PECAH TANAH PUSAT TAHFIZ NURUL IMAN BATU KURAU

Majlis Perasmian Pecah Tanah Pusat Tahfiz Nurul Iman Batu Kurau telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran lebih dari 2000 orang dari seluruh Batu Kurau yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. YAB Dato' Seri Dr. Zambry Abd. Kadir telah menyempurnakan Majlis Perasmian tersebut. Dalam Majlis tersebut YAB Menteri Besar Perak juga telah menyampaikan pelbagai bantuan dan sumbangan kepada penerima- penerima dari DUN Batu Kurau.










Ahad, 16 Januari 2011

Ceramah Agama di Masjid Al- Rusydiah Kg. Sempeneh Cempaka, Batu Kurau



MESYUARAT MAJLIS PECAH TANAH MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN NURUL IMAN BATU 14 1/2 BATU KURAU

Mesyuarat Majlis Pecah Tanah Maahad Tahfiz Al- Quran Nurul Iman telah di adakan bertempat di Dewan Astaka, Batu Kurau. Seramai lebih 90 orang telah hadir yang terdiri daripada Ketua- Ketua Jabatan, Ketua Ketua Kampung DUN Batu Kurau serta Ketua UMNO Cawangan DUN Batu Kurau. YB Dato' sendiri tela mempengerusikan mesyuarat pada petang tersebut.


Isnin, 10 Januari 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN BANJIR

MIC BAHAGIAN LARUT TELAH MENGADAKAN MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KEPADA MANGSA- MANGSA BANJIR KAMPUNG KASI, ULU SEPETANG. SERAMAI 15 KELUARGA TELAH MENERIMA BANTUAN DARIPADA PEJABAT DAERAH DAN PEJABAT KEBAJIKAN. EN. IDILFITRI BIN REDZUAN SELAKU PEGAWAI KHAS KEPADA YB. KAPT(B) DATO' HJ MOHD NAJMUDDIN BIN HJ. ELIAS TELAH MENYAMPAIKAN BANTUAN TERSEBUT KEPADA SEMUA PENERIMA. TURUT SAMA DALAM MAJLIS TERSEBUT IALAH KETUA KAMPUNG CHANGAT LARAT EN. ILLYAS SERTA PEMIMPINAN MIC BAHAGIAN.




Rabu, 5 Januari 2011

PROGRAM BERSAMA PEJABAT KESIHATAN DAERAH

YB Kapt(B)Dato'Hj. Mohd Najmuddin bin Hj. Elias ADUN Batu Kurau telah meluangkan masa bersama Pegawai - pegawai Pejabat Kesihatan Daerah ke Sekolah Kebangsaan Pantai Besar bagi melawat serta memberikan suntikan kepada pelajar- pelajar sekolah berkenaan. Turut sama dalam lawatan beliau ialah Penghulu Mukim Batu Kurau dan Ketua Kampung Pantai Besar serta pemimpin tempatan.