Alhamdulillah..., bersyukur kita kepada Allah S.W.T di atas limpah dan kurnia-Nya, dapat kita bertemu lagi di ruangan yang berharga ini. Semalam saya menghadiri 4 program bertemu rakyat iaitu merasmikan Mesyuarat Guru-guru KAFA DUN Batu Kurau, Ceramah Agama di Kampung Jelai dan Majlis bersama Ahli Parlimen Larut di Sungai Jernih, Ijok. Walaupun terasa penat namun saya berasa puas kerana dapat berjumpa dengan rakyat. Demi menjaga kebajikan Guru-guru KAFA dan aktiviti Sekolah KAFA khususnya di Batu Kurau saya telah mengumumkan keputusan Kerajaan Negeri utntuk menaikan elaun Guru KAFA sebanyak RM 200.00 sebulan. Saya juga akan menyumbangkan beberapa program KAFA termasuk Majlis Ihtifal dan lain-lain lagi.
Walau bagaimanapun saya berasa agak kecewa pagi ini apabila saya tiba di pejabat saya di Ipoh, saya dapati sekeping surat yang di hantar oleh Amirulrashid( saya yakin bukan nama sebenar ) ada di atas meja. Surat itu ditujukan kepada Y.A.B. Menteri Besar membuat lapuran palsu terhadap saya. Antara isi kandung surat tersebut, beliau menyatakan yang saya tidak menunaikan janji saya iaitu memberi sumbangan sebanyak RM 100.00 kepada setiap pelajar cemerlang UPSR 2009. Sedangkan sumbangan tersebut telah di agihkan pada 26 Disember 2009 sempena lawatan Y.A.B Menteri Besar Perak ke Batu Kurau. Saya tak tahu samada anak beliau tak hadir atau tidak dapat maklumat. Pesan saya pada beliau,tolong siasat terlebih dahulu dan jangan membuat tuduhan sebarangan.Pejabat saya di Batu Kurau di buka 6 hari seminggu, rujuklah jika ada masalah. Surat seumpama itu telah banyak kali saya terima dan saya mengenali siapa penghantarnya. Sebagai seorang yang alim dia tidak sepatutnya bertindak begitu dan yang peliknya dia mengaku di adalah ahli UMNO, tetapi saya tahu dia adalah ahli dari parti pembangkang. Ikhlas saya maklumkan bahawa sumbangan itu adalah dari saya sendiri sebagai penghargaan kepada anak- anak cemerlang di Batu Kurau tanpa mengira fahaman politik dan kaum. Saya nasihatkan kepada pengirim surat itu agar berjumpa dengan Guru Besar di mana anaknya belajar untuk mendapatkan wang tersebut.
Saya tahu dan insaf,setiap kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Tetapi kita juga ada cara bagaimana untuk selesaikan dengan cara yang baik. Walaupun beliau cuba burukkan nama saya kepada Y.A.B Menteri Besar Perak, saya redha menerimanya dengan hati terbuka dan berserah kepada Allah S.W.T. Tugas saya sebagai Penasihat Hal Ehwal Agama Menteri Besar juga perlu di seimbangkan dengan tugas saya di Batu Kurau. Paling sedikit saya akan balik ke Batu Kurau sekurang - kurangnya sehari dalam seminggu. Jadual tetap saya di Batu Kurau adalah pada hari Jumaat, jika tidak dapat balik pada hari tersebut saya akan gantikan pada hari sabtu atau ahad. Balik tetap balik, itu adalah tanggungjawab saya. Kenduri, kematian, orang sakit dan lain-lain aktiviti di Batu Kurau, saya pasti balik. Pejabat saya terbuka untuk semua termasuk dari parti pembangkang. Datanglah demi kesejahteraan dan perpaduan kita orang - orang Petani di Batu Kurau.
Sekian , semoga kita dapat bertemu lagi. Terima kasih.
Teruskan Tugas dato yang diamanahkan..
BalasPadaminsyallah..Allah sentiasa bersama orang sabar