Bertemua kita sekali lagi di ruangan ini. Saya berdoa agar semua blogger-blogger berada dalam keadaan yang sihat selalu.
4/02/2010
Saya bertolak dari Ipoh tengahari tadi menuju ke Batu Kurau.Syukur Al-hamdulillah setelah sampai di Batu Kurau saya sempat menziarah warga emas dan orang sakit di Kampung Sempeneh Cempaka. Di antaranya ialah Mohd Yuro,Paksu Bahari, Mak Long Esah dan Awang Yusof ( Kg belakang Sekolah Tok Sajak). Walaupun mereka warga emas dan uzur tetapi mereka masih boleh mengenali saya.Sebahagian dari mereka telah mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan, yang belum dapat, saya akan panjangkan kepada Jabatan terbabit. Saya akan terus melakukan usaha turun padang secara mengejut begini supaya mereka terbabit tidak membuat persiapan(bersedia) dengan kehadiran saya. Saya tidak mahu orang ramai mengikut saya,sedangkan tak ada apa pun yang boleh kita janjikan kepada mereka.Syukur kerana dapat juga saya bantu sedikit sumbangan sekadar kemampuan saya.
Pada sebelah malam saya berkesempatan menyampaikan ceramah agama di Surau Kg.Sungai Akar. Ramai juga yang datang. Dalam ceramah saya itu, saya telah menekankan saat-saat kematian. Diantara amalan-amalan yang boleh menyebabkan kita mati dalam kebaikan ialah :
i. Solat berjemaah
ii. Sentiasa berzikir
iii. Sentiasa bersedekah
iv. Bangun malam
v. Berbaik kepada Ibubapa
vi. Menghormati orang lain
vii. Menuntut ilmu
x. Akhlak yang baik
Sebenarnya melalui program ceramah seumpama ini, dapat juga saya beramah mesra dan bertemu rakyat secara langsung dengan mereka. Selalunya saya akan sumbang sedikit wang untuk penyedian jamuan ringan setiap kali saya hadir untuk menyampaikan ceramah di sekitar DUN Batu Kurau. Selesai menyampaikan ceramah saya terus ke Kg. Changkat Semambu untuk bermain badminton bersama anak - anak muda dan rakan taulan. Gembiranya rasa setelah penat bertemu rakyat,dapat pula beriadah bersama- sama. Begitulah harapan saya agar apa saja yang kita buat, biarlah ada perseimbangan di antara kehendak rohani dan jasmani. Agama jangan di lupakan.
5 Feb 2010 - Pagi ini saya bertemu rakyat di Pejabat saya(Bangunan UMNO Batu Kurau.) Selalunya hari Jumaat pukul 9.00 pagi saya mula bertemu rakyat, tapi nampaknya sudah ada orang menunggu seawal jam 8.00 pagi. Kebiasaanya paling sedikit orang datang menemui saya di pejabat sekitar 40 orang.InsyaAllah hari ini saya akan bersolat Jumaat di Masjid Kg. Bukit Bertam, Batu Kurau dan selepas itu saya akan terus balik ke Ipoh kerana ada program lain di peringkat Negeri. Saya gembira dapat bertemu rakyat dan cuba menyelesaikan permasalahan mereka. Saya amat sedih sekiranya tidak dapat memuaskan hati rakyat akibat dari masalah-masalah tertentu. Memang orang yang datang menemui saya dari mereka yang memerlukan, kalau tidak mereka tidak akan datang. Sebab itulah fikiran saya selalu terganggu hingga terbawa- bawa dalam tidur sekiranya saya gagal menyelesaikan masalah mereka.
InsyaAllah, saya akan terus melaksanakan tugas yang di amanahkan ini dengan sebaik mungkin. Semoga dengan sokongan teman-teman dan berkat hidayah ILLAHI. Saya akan terus menabur bakti demi Agama,Bangsa dan Negara.
Salam....sahabat dari Sarawak. Sesuai dengan keperibadian yang ada...Tahniah....Salam ukhwah dan sentiasa dalam peliharaan Allah..Ar-Rayahin
BalasPadam