Assalamualaikum WTH.
Salam 1 Malaysia. Saya mendoakan agar teman-teman sekelian dalam keberkatan Allah hendaknya. Hari sabtu dan ahad tempoh hari saya tersangat sibuk, apa tidaknya Program Juara Rakyat di Slim River, hampir 10,000 pengunjung hadir.Selepas itu saya terus ke Kampung Kuala Dulang Kecil, Yan Kedah menyampaikan ceramah Maulidurrasul. Selesai sahaja ceramah, sekitar pukul 12.00 malam saya bertolak ke Masjid Jamek Slim River untuk Program Qiamullai bersama YAB Menteri Besar Perak. Penat ni tok sah kiralah, sampai saja di rumah pada hari ahad, anak pula telefon rindu kat ayah, bertolak pula ke Batu Gajah menjenguknya di asrama. Sebenarnya, apa yang saya utarakan perkara-perkara ini bukanlah nak menunjuk-nunjuk atau mengungkit,tetapi nak maklumkan begitulah jadual harian yang perlu di tempohi oleh seorang wakil rakyat. Saya tidak mahu di persoalkan Allah di Padang Masyar nanti. Saya akan terus lakukan yang terbaik selagi termampu. Saya berharap orang di Batu Kurau dapat menerima dan memahami tugas saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka, saya terhutang kepada mereka dan kepada Allah diserahkan segala-galanya. Sebagi manusia, saya tidak terlepas dari kesilapan dan kelemahan, justeru itu saya ingin memohon kemaafan jika terdapat kesilapan dan kesalahan samaada perbuatan dan perkataan serta tutur cara yang tidak sepatutnya saya lakukan. Pun begitu, saya dengan rendah diri memohon agar kita semua menjaga lidah kita daripada mengumpat dan menghina orang lain. Apa yang dikatakan oleh Tok Guru Nik Aziz kepada Tan Sri Harunsani sepatutnya tidak berlaku. Malulah kita pada bangsa lain, bila ulamak-ulamak bercakaran. Kadang-kadang demi politik, kita sanggup menghalalkan cara. Tak apalah tuan-tuan dan puan-puan, nanti saya akan paparkan gambar-gambar aktiviti -aktiviti saya minggu lepas. Sekali lagi saya memohon kemaafan.
Salam persaudaraan....
Terima Kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan