Isnin, 15 November 2010

Salam Aidiladha dari YB Kapt(B) Dato' Hj. Mohd Najmuddin B. Hj. Elias dari Kota Suci Mekah

'Salam Pengorbanan Dari Bumi Anbia'

Saya kini berada di Padang Arafah. Haji mengajar kita erti sebuah pengorbanan dan perjuangan.Kadang-kadang kita kena bersabar kerana ada ketika apa yang kita hajati tidak dimakbulkan tuhan. Haji juga menjadikan kita lebih menghormati orang lain, berkerjasama dan saling membantu di antara satu sama lain. Jangan kita sombong dan bangga diri serta jangan kita bermasam muka walaupun kadang - kadang fahaman kita berbeza. Eratkan silaturahim dan kasih di antara kita. Tidak jatuh maruah kita kalau kita selalu memohon kemaafan dan mengakui kesalahan dan kekurangan kita. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon beribu- ribu kemaafan jika ada terkasar bahasa dan tingkah laku kepada sesiapa sahaja. Sebagai manusia, saya sangat lemah. Bantu dan bimbinglah saya, semoga kita semua diberkati Allah S.W.T.

Salam AidilAdha. Maaf Zahir dan Batin dari hamba yang hina,
Najmuddin Hj.Elias
Mekah Al-Mukarramah
14 November 2010 ( 10.54 pg waktu Malaysia )

1 ulasan:

  1. askm ustaz, saya mohon ustaz kembali kpd fitrah. sbg org yg berilmu agama tentu ustaz lebih arif bahwa amanah org berilmu di sisi Allah. saya tidak minta ustaz kpd Pas tetapi tglkan parti yg terbukti bersifat lagho. cukuplah dan sudah terbukti warga agama dlm umno tidak pergi kemana melainkan diperguna oleh umno shj. Takutlah kepada Allah dan gejala fitnah yg dilakukan oleh media umno. kenapa ustz memilih umno? duit atau bangsa? atau ingin jadi Anwar utk cuci tong najis? umno terbukti telah memfitnah perjuang Islam spt assyahid Ibrahim Libya... tidakkah dtg khabar tanda2 syahid beliau? kalau benar ia syahid tentu pihak yg membunuh dan dalang2 -umno sebaliknya. kembalilah ustaz dan buatlah kerja Islam spt adik ustaz tu...

    tokparoi@yahoo.com

    BalasPadam