Selasa, 26 Januari 2010

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PELAJAR -PELAJAR CEMERLANG UPSR 2009


Program penyampaian Sumbangan Peribadi YB.Kapten (B) Dato' Haji Mohd Najmuddin Bin Haji Elias Al-Hafiz kepada Pelajar-Pelajar Cemerlang UPSR DUN Batu Kurau sempena Anugerah Desa Cemerlang 2009 Peringkat Negeri Perak di Kampung Jelai pada 26 Disember 2009 yang lalu. Sumbangan tersebut telah di serahkan kepada Guru Besar Sekolah masing-masing.

Isnin, 25 Januari 2010


Alhamdulillah..., bersyukur kita kepada Allah S.W.T di atas limpah dan kurnia-Nya, dapat kita bertemu lagi di ruangan yang berharga ini. Semalam saya menghadiri 4 program bertemu rakyat iaitu merasmikan Mesyuarat Guru-guru KAFA DUN Batu Kurau, Ceramah Agama di Kampung Jelai dan Majlis bersama Ahli Parlimen Larut di Sungai Jernih, Ijok. Walaupun terasa penat namun saya berasa puas kerana dapat berjumpa dengan rakyat. Demi menjaga kebajikan Guru-guru KAFA dan aktiviti Sekolah KAFA khususnya di Batu Kurau saya telah mengumumkan keputusan Kerajaan Negeri utntuk menaikan elaun Guru KAFA sebanyak RM 200.00 sebulan. Saya juga akan menyumbangkan beberapa program KAFA termasuk Majlis Ihtifal dan lain-lain lagi.
           Walau bagaimanapun saya berasa agak kecewa pagi ini apabila saya tiba di pejabat saya di Ipoh, saya dapati sekeping surat yang di hantar oleh Amirulrashid( saya yakin bukan nama sebenar ) ada di atas meja. Surat itu ditujukan kepada Y.A.B. Menteri Besar membuat lapuran palsu terhadap saya. Antara isi kandung surat tersebut, beliau menyatakan yang saya tidak menunaikan janji saya iaitu  memberi sumbangan sebanyak RM 100.00 kepada setiap pelajar cemerlang UPSR 2009. Sedangkan sumbangan tersebut telah di agihkan pada 26 Disember 2009 sempena lawatan Y.A.B Menteri Besar Perak ke Batu Kurau. Saya tak tahu samada anak beliau tak hadir atau tidak dapat maklumat. Pesan saya pada beliau,tolong siasat terlebih dahulu dan jangan membuat tuduhan sebarangan.Pejabat saya di Batu Kurau di buka 6 hari seminggu, rujuklah jika ada masalah. Surat seumpama itu telah banyak kali saya terima dan saya mengenali siapa  penghantarnya. Sebagai seorang yang alim dia tidak sepatutnya bertindak begitu dan yang peliknya dia mengaku di adalah ahli UMNO, tetapi saya tahu dia adalah ahli dari parti pembangkang. Ikhlas saya maklumkan bahawa sumbangan itu adalah dari saya sendiri sebagai penghargaan kepada anak- anak cemerlang di Batu Kurau tanpa mengira fahaman politik dan kaum. Saya nasihatkan kepada pengirim surat itu agar berjumpa dengan Guru Besar di mana anaknya belajar untuk mendapatkan wang tersebut.
        Saya tahu dan insaf,setiap kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Tetapi kita juga ada cara bagaimana untuk selesaikan dengan cara yang baik. Walaupun beliau cuba burukkan nama saya kepada Y.A.B Menteri Besar Perak, saya redha menerimanya dengan hati terbuka dan berserah kepada Allah S.W.T. Tugas saya sebagai Penasihat Hal Ehwal Agama Menteri Besar juga perlu di seimbangkan dengan tugas saya di Batu Kurau. Paling sedikit saya akan balik ke Batu Kurau sekurang - kurangnya sehari dalam seminggu. Jadual tetap saya di Batu Kurau adalah pada hari Jumaat, jika tidak dapat balik pada hari tersebut saya akan gantikan pada hari sabtu atau ahad. Balik tetap balik, itu adalah tanggungjawab saya. Kenduri, kematian, orang sakit dan lain-lain aktiviti di Batu Kurau, saya pasti balik. Pejabat saya terbuka untuk semua termasuk dari parti pembangkang. Datanglah demi kesejahteraan dan perpaduan kita orang - orang Petani di Batu Kurau.
Sekian , semoga kita dapat bertemu lagi. Terima kasih.

Rabu, 20 Januari 2010


Assalamualaikum W.B.T


Bertemu kembali kita di ruangan ini. Di harap kepada semua blogger-blogger berada di dalam keberkatan Allah S.W.T selalu hendaknya.


Semalam 19 Januari 2010, saya berkesempatan melawat Pekan Selasa Batu Kurau. Sambil beramah mesra dengan orang ramai termasuk peniaga-peniaga, sempat juga saya mendengar keluhan serta masalah - masalah dari peniaga. Saya juga bertembung dengan Tuan Haji Tajuddin Ibrahim dan Tuan Haji Awang Kamaruddin anatara orang yang bertanggungjawab dan menyelia pasar berkenaan. Mereka menyatakan pada saya bahawa satu perancangan sedang di buat untuk membina beberapa ruang niaga yang lebih selesa kepada peniaga-peniaga tersebut. InsyaAllah, saya akan turut memantau perancangan ini. Pada sebelah petang, saya telah mengiringi lawatan EXCO Kerajaan Negeri Y.B Dato' Saarani Mohamad ke penempatan PPMS Pondok Tanjung. Banyak perkara dapat dan akan di selesaikan. Saya juga telah memohon peruntukkan untuk membaik pulih jalan dan rumah - rumah kediaman untuk kampung berkenaan.
         Untuk makluman semua, insyaAllah pada 24 Januari 2010 ini, bertempat di Kampung Jelai, saya akan menghadiri Majlis Perjumpaan bersama Guru-guru KAFA dan menyampaikan ceramah agama pada hari tersebut. Baiklah kepada semua blogger-blogger di kesempatan ini saya kemukakan kata - kata seorang Ulama yang bernama Khalid Bin Ma'dan. Katanya:

" Tuhan berbangga dengan 3 jenis manusia ".

  1. Seorang yang berada di hutan, tiba-tiba dia melaungkan azan dan iqamat kerana masuk waktu dan melakukan Solat ( 70 ribu Malaikat bersembahyang di belakangnya ) 


  2. Seorang yang bangun malam beribadat bersendirian.


  3. Seorang yang berada di medan perang, istiqamah hingga sampai terbunuh.

Di harap, agar segala yang kita lakukan, biarlah dilakukan atas dasar mencari keredhan Allah S.W.T. Sekian semoga kita berjumpa lagi.
Terima Kasih.

Isnin, 18 Januari 2010

PROGRAM BUBUR ASYURA


Program Bubur Asyura

     Bertempat   :      Perkarangan Rumah En. Zakaria Bin Hamid
                             Ketua Kampung Perak.

Jumaat, 15 Januari 2010

PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT


Sudah menjadi rutin mingguan Y.B Dato untuk turun ke kawasannya untuk bertemu dengan penduduk-penduduk di DUN Batu Kurau. Se awal jam 8.00 pagi Y.B Dato telah pun ada di pejabatnya. Menanti kehadiran masyarakat setempat. Pelbagai ragam dan karenah, namun sebagai seorang yang amat perihatian dan bertanggungjawab, Y.B Dato tetap murah dengan semyuman dan sedia mendengar pelbagai masalah dari penduduk-penduduk di Batu Kurau.


PROGRAM MEMBAIK PULIH PAGAR  
SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN (C) PHOOI  WAH
JELAI,BATU KURAU

Gotong-royong membaiki rumah


Selasa, 12 Januari 2010

Jumaat, 1 Januari 2010



"PEJABAT ADUN BATU KURAU MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010.
SEMOGA TAHUN 2010 MEMBERI SESUATU YANG AMAT BERNILAI BUAT KITA SEMUA. PIHAK PEJABAT ADUN BATU KURAU AKAN MENINGKATKAN LAGI PRESTASI SERTA BERKERJA KERAS DEMI MELIHAT BATU KURAU MAJU SETANDING DENGAN KEHIDUPAN YANG KIAN MENCABAR. HARAPAN AGAR SEMUA DAPAT SAMA - SAMA MEMBANTU DEMI MEMPERJUANGKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA TERCINTA.
"

SALAM SATU MALAYSIA