Isnin, 30 Ogos 2010

Majlis Berbuka Puasa di Surau Changkat Lobak


LAWATAN KE BAZAR RAMADHAN PEKAN BATU KURAU



Y.B Kapt(B) Dato' Hj. Mohd Najmuddin B. Hj Elias telah meluangkan masa untuk membuat kunjungan mengejut ke Bazar Ramadhan Batu Kurau baru- baru ini. Turut sama dalam lawatan beliau ialah Kakitangan dari Kementerian Hal Ehwal Pengguna, Penguatkuasa Majlis Perbandaran Taiping, Penghulu Mukim serta Pegawai Khas YB. Dato. Selain dari beramah mesra dengan penjual serta pengunjung, YB Dato turut mengedarkan risalah pengguna, nasihat serta beberapa cenderahati untuk para peniaga.







Kebakaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Jelai, Batu Kurau


Sekolah Rendah Kebangsaan Jelai telah musnah terbakar dalam kejadian pada petang 27 hb Ogos lalu akibat punca litar pintas pendawaian elektrik sekolah. YB Dato' Kapt merupakan pemimpin terawal yang hadir serta turut sama- sama membantu anggota bomba dalam cubaan memadam kebakaran. YB Dato' turut berjanji akan membuat permohonan ke Kementerian Pelajaran bagi pembinaan sekolah yang baru serta mencadangkan di wujudkan Bomba Sukarela di Jelai.





Khamis, 26 Ogos 2010

PROGRAM MENGIMARAHKAN MASJID DENGAN I.C.T DAN PELANCARAN WEBSITE AKORIMAN.NET YANG TELAH BERLANGSUNG PADA 21 OGOS 2010 BERTEMPAT DI DEWAN MASJID SULTAN AZLAN SHAH.


Selasa, 24 Ogos 2010

Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Kepada Warga Miskin dan Penyampaian Bantuan Kepada Masjid - Masjid DUN Batu Kurau telah di sempurnakan oleh YB Kapt(B) Dato' Hj. Mohd Najmuddin B. Hj. Elias pada 21 ogos yang lalu bertempat di Masjid Bukit Bertam. Turut sama hadir pada majlis tersebut ialah Penghulu Mukim Batu Kurau, Ketua - ketua Kampung dan Ketua- ketua Cawangan DUN Batu Kurau. YB Dato' juga meluangkan masa untuk sama -sama berbuka puasa dengan juadah yang teah di sediakan oleh penduduk setempat. 


Antara Penerima Bantuan warga miskin


Antara Pengerusi Masjid yang hadir bagi menerima bantuan.

SEKITAR GAMBAR DI KOTA SUCI MEKAH KETIKA YB DATO' MENGERJAKAN UMRAH BERSAMA- SAMA ROMBONGAN YAB MENTERI BESAR PERAK.







Khamis, 19 Ogos 2010

Khamis, 12 Ogos 2010

Selasa, 10 Ogos 2010

MAJLIS RAMAH MESRA DAN DOA SELAMAT MENGERJAKAN UMRAH

Y.B Kapten(B) Dato Hj.Mohd Najmuddin B. Hj. Elias telah mengadakan satu Majlis Doa Selamat yang telah di adakan di kediaman beliau di Ipoh. Y.A.B Menteri Besar Perak turut hadir pada majlis tersebut. Selain itu rombongan 39 Ketua Wanita Cawangan DUN Batu Kurau turut sama memeriahkan majlis pada petang itu.



Bergambar Kenangan bersama Ketua- ketua Wanita Cawangan bagi DUN Batu Kurau