Khamis, 29 April 2010

KURSUS KOMPUTER

YB.Dato sempat melawat peserta Kursus Komputer di Kampung Sempeneh Seberang yang telah di jayakan oleh Sdr Hafiz Bin Noopiah ( Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sempeneh seberang ) pada hari ahad yang lepas.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS JENAZAH DI KAMPUNG REPOH

Rabu, 28 April 2010

PROGRAM GOTONG ROYONG PENDUDUK-PENDUDUK KAMPUNG TITI KASAI.

Y.B Dato meluangkan masa melawat penduduk - penduduk Kampung Titi Kasai menjalankan aktiviti gotong - royong serta menurap jalan - jalan yang berlubang. Turut sama dalam program gotong- royong ialah En. Rosli Md. Nor( Ketua Cawangan Titi Kasai ) serta En. Ablah B. Hj. Abd. Samad ( Ketua Cawangan Titi Kasai Tengah ).

Ahad, 25 April 2010

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN JUALBELI PROJEK LADANG KONTRAK DAERAH LARUT MATANG SELAMA DAN KERIAN

Majlis Menandatangi Perjanjian Jualbeli Projek Ladang Kontrak Daerah Larut Matang Selama Dan Kerian telah sempurna diadakan pada 22 April 2010 bertempat di Perkarangan Pejabat FAMA Daerah Larut Matang Dan Selama. Sdr Rosli Bin Mohd Nor selaku Pegawai Khas YB Dato' mewakili YB.Kapten(B)Dato' Hj.Mohd Najmuddin Bin Hj Elias Al- Hafiz ADUN Batu Kurau bagi merasmikan pada majlis tersebut

Sabtu, 10 April 2010

YB Kapten(B) Dato, Hj. Mohd Najmuddin Bin Hj. Elias memohon maaf kerana tidak dapat balik untuk bertemu dengan rakyat pada hari Jumaat. Ini adalah kerana YB Dato' mempunyai undangan program di peringkat negeri pada hari tersebut namun YB Dato' tetap akan balik dan di gantikan pada hari ini iaitu sabtu 10 April 2010 pada jam 2.30 ptg. Harap maklum..

YB.Dato' mewakili YAB Menteri Besar bagi Merasmikan Program Angkasawan Bersama 1000 Pelajar Perak

PROGRAM PENGISLAMAN DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI SUNGAI RABA

PPROGRAM PNYERAHAN KUNCI RUMAH BINA BARU SERTA BAIK PULIH. MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK


YB Kapten Dato' Hj Mohd Najmuddin Bin Haji Elias telah menghadiri satu Program Penyerahan Kunci Rumah Bina Baru serta Bantuan  Baik Pulih Rumah anjuran Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak.  Program ini telah di adakan di perkarangan rumah En. Latif di Kampung Sempeneh Seberang, Batu Kurau. Y.Bhg Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato' Dr. Hj.Wan Mohd Isa Bin Dato' Seri Haji Wan Ahmad Orang Besar Jajahan Larut Matang Dan Selama turut hadir bagi menyerikan serta menyampaikan replika kunci kepada 16 penerima bantuan tersebut.


Antara penerima -penerima bantuan


 

MENGIRINGI YAB MENTERI BESAR PERAK KE IJOK

PROGRAM FORUM PERDANA






Y.A.B Menteri Besar meluangkan masa di Kedai Makan Kampung Pantai Besar bersama - sama penduduk setempat.


Program Qiamullai di Masjid Toh Paduka, Ijok.
YB Kapten Dato,Hj Mohd Najmudin Bin Hj. Elias sendiri yang mengetuai Majlis Qiamullai pada pagi itu. Selepas selesai Majlis Qiamullai, program di teruskan dengan kuliah subuh oleh YB Dato Kapten.

Jumaat, 2 April 2010

BICARA DATO'

Salam hormat. Hari ini saya menemui rakyat di Pejabat saya di Bangunan UMNO. Dari hal mengadu anak nakal dan selalu menangis sehingga kes anak di rogol di adukan kepada saya. Ada satu kes, seorang ibu tunggal secara terang- terang mengaku penyokong kuat PAS, mengadu dan memohon bantuan. Dengan hati terbuka saya menerima aduan tersebut dan akan dimajukan kepada pihak terbabit. Dalam soal bantuan dan meringankan golongan miskin, saya lebih bersikap terbuka. Cuma saya berharap sangat agar kita tidak terlampau extrim dalam berpolitik. Akhirnya mereka akan datang berjumpa kita juga bila memerlukan bantuan. Saya juga cuba menjadi wakil rakyat kepada semua bangsa dan tidak mengira fahaman politik, bagi saya semuanya adalah tanggungjawab saya. Semoga perhubungan silaturrahim di antara kita terus berpanjangan. Terima kasih.

AKTIVITI YB DATO'

Pada hari ahad lepas, seawal pukul 8.00 pagi, YB Dato telah tiba di Pejabatnya di Batu Kurau untuk berjumpa dengan rakyat. Program YB Dato pada hari itu telah di mulakan dengan menyampaikan Ceramah Agama sempena Majlis Maulidur Rasul di Kampung Bukit Bertam. Majlis yang telah di anjurkan oleh Amanah Ikhtiar Cawangan Larut Matang dan Selama ini di hadiri oleh semua ahli-ahli Amanah Ikhtiar di sekitar DUN Batu Kurau. Selepas selesai, YB Dato ke Kampung Titi Kasai Tengah bagi menghadiri jemputan ke Majlis Maulidur Rasul yang telah di anjurkan oleh penduduk setempat. Seterusnya beliau terus ke Kg.Pantai Besar untuk Majlis Penyerahan Rumah Bantuan dan kenduri kesyukuran. Turut sama dalam majlis tersebut ialah Tuan Penolong Pegawai Daerah serta Tuan Haji Tajuddin B. HJ Ismail Penghulu Mukim Batu Kurau. Pada sebelah petangnya pula, YB Dato telah ke Kg Pondok Quin bagi menghadiri jemputan kenduri kesyukuran di rumah Mohd Norasmi ( Ketua Pemuda Cawangan ). Tepat jam 3.00 petang YB Dato telah dijemput untuk menyampaikan motivasi bagi penduduk- penduduk kampung Jelai untuk meningkatkan semangat berkerjasama bagi menjulang nama kampung Jelai di mata umum sempena Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan yang akan di adakan tidak lama lagi. Turut sama pada program tersebut ialah En. Ali Awang Besar ( Ketua Kampung Jelai ).