Isnin, 31 Oktober 2011

FESTIVAL NASYID DUN BATU KURAU 2011


Pertandingan Nasyid Sempena Festival Nasyid DUN batu Kurau telah berlangsung dengan jaya-nya apabila sebanyak 21 kumpulan telah menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan yang dijalankan dari awal pagi sehingga ke petang itu telah di adili oleh juri professional dari kumpulan Rabbani. Majlis yang telah dimulakan dengan Perasmian oleh YB dato' Hamzah Zainuddin Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Larut. Dalam ucapan perasmian YB Dato' Hamzah Zainuddin itu, beliau turut menyatakan bahawa pertandingan sedemikian akan diterskan ke Pertandingan Nasyid Peringakt Parlimen larut yang mana hadiah2 yang di tawarkan lebih lumayan. Pemenang - pemenang di ketiga- tiga DUN akan bertanding ke peringkat parlimen. Dalam Pertandingan tersebut pasukan dari Kg. Jelai telah menjuarai pertandingan tersebut dan hadiah telah disampaikan oleh YB Kapt(B) Dato' Hj. Mohd Najmuddin Elias pada malam pertandingan tersebut. Kehadiran di luar jangka apabila persembahan Artis Jemputan Kumpulan Rabbani membuat persembahan. Di anggarkan lebih dari 3 ribu orang telah membanjiri padang Astaka Batu Kurau pada malam tersebut.