Selasa, 21 Disember 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PERSEKOLAHAN DARI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Seramai lebih 200 pelajar yang telah menerima bantuan pakaian sekolah yang telah di sempurnakan penyerahan nya oleh YB Kapt(B) Dato' Hj. Mohd Najmuddin Bin Hj. Elias ADUN Batu Kurau. Selain dari Sekolah Rendah dan Menengah. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil turut menerima bantuan tajaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat pada majis tersebut.



FORUM PERDANA MAAL HIJRAH

MAJLIS FORUM PERDANA SEMPENA MAAL HIJRAH 1432
Tajuk Forum : 1 Ummah 1 Perpaduan

Majlis tersebut telah di adakan bertempat di Padang Bola Kampung Bukit Bertam telah di pengerusikan oleh Al- Fadil Ustaz Khairul Asraf Bin Zulkifli. Majlis anjuran Belia Bertam Bersatu dan JKKK Kg. Bukit Bertam dengan kerjasama Pejabat ADUN Batu Kurau ini telah menjemput YB Kapt(B) Dato' Hj. Mohd Najmuddin B. Hj. Elias Al- Hafiz ADUN Batu Kurau bersama Al- Fadil Ustaz Hj. Dzulkarnain B. Hj. Hamzah Pengacara Iman Muda Astro Oasis sebagi Ahli Panel pada Forum tersebut.



Isnin, 13 Disember 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN CEK YAYASAN PERAK 2010

Majlis Penyampaian Cek Yayasan Perak telah di adakan pada 10 hb Disember 2010 bersamaan hari Jumaat yang lepas. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Kapt(B) Dato' Hj. Najmuddin Bin Hj. Elias. Menurut YB. Dato' dalam ucapan nya seramai 250 orang pelajar yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi telah menghantar borang permohonan Yayasan Dermasiswa dan seramai 200 pelajar telah di luluskan dan menerima bantuan kewangan tersebut pada tahun ini manakala baki pemohonan seramai 50 orang sedang menunggu bantuan tersebut. Ini merupakan satu peningkatan yang memberangsangkan dan bersesuai dengan slogan " Batu Kurau Berilmu ".




MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PDK BATU KURAU 2010




Khamis, 2 Disember 2010

JABATAN KERJA RAYA (JKR ) ATASI BANJIR KILAT DI BATU KURAU

Persidangan DUN semalam diberitahu bahawa JKR akan memulakan kerja-kerja naik taraf jalan dan parit sekitar kawasan Tokong Cina dan jalan masuk ke Kampung Batu Bertindan bagi mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku setiap kali hujan lebat sehingga menimbulkan kesesakan lalulintas. YB Dato' Ramli Bin Zahari, EXCO Kerajaan Negeri dalam jawapannya kepada soalan yang dikemukakan ADUN Batu Kurau YB Kapt(B) Dato'Hj.Najmuddin Hj.Elias. Adalah diharapkan agar masalah ini dapat direalisasikan secepat mungkin demi keselesaan penduduk- penduduk khususnya di Batu Kurau.