Isnin, 19 September 2011

Sambutan Hari Malaysia dan Kemerdekaan Ke - 54


Sambutan Hari Malaysia Dan Hari Kemerdekaan Ke - 54 telah berlangsung dalam suasana yang meriah dan di luar jangkaan. Seramai lebih 1000 orang telah hadir bagi mewakili 22 JKKK Mukim Batu Kurau, MCA, MIC serta peblbagai Pertubuhan lagi. Program ini telah bermula pada jam 8.00 pagi apabila 24 kontijen berarak dan menerima Tabik Hormat oleh YB Kapt(B) Dato' Hj. Mohd Najmuddin Elias bermula dari Sekolah Kebangasaan Toh Sajak sehingga ke Dewan Astaka Batu Kurau. 




Kelab Basikal Klasik Batu Kurau juga tidak ketinggalan menyertai perarakan tersebut. Sebanyak 54 buah basikal klasik yang terlibat dan di ketuai oleh Tn. Hj. Amer Madali Presiden Kelab Basikal Klasik Batu Kurau.













Pada sebelah malam pula diadakan pelbagai acara menarik iaitu Pertandingan Karaoke Patriotik, Persembahan Puisi serta Gurindam kemerdekaan, Penyampaian Hadiah bagi Johan Pembarisan, serta Cabutan No. Bertuah dan Persembahan Bunga Api.












Khamis, 15 September 2011

Ziarah


YB Kapt (B) Dato' Hj. Mohd Najmuddin Bin Elias meluangkan masa melawat En. Darus iaitu bapa kepada Sdr. Anuar Bin Darus yang terlantar di Hospital Taiping akibat serangan Strok baru- baru ini.