Khamis, 30 September 2010

Majlis Perasmian Penutup Kursus Jejari Bistari


YB Kapt(B) Dato' Hj.Mohd Najmuddin Bin Hj. Elias telah merasmikan penutup Program Jejari Bistari anjuran KEMAS yang telah di adakan selama 2 hari di Bengkel Jahitan KEMAS Kampung Sempeneh Cempaka. Turut sama dalam program tersebut ialah En. Sharuddin Pegawai Khas Timbalan Menteri Perladangan, Perusahan dan Komoditi, Penghulu Mukim Batu Kurau, Ketua Pemuda Bahagian Larut En. Annuar Bin Ariffin, Puan Faridah Zailan Pegawai Kemas Larut dan pemimpin - pemimpin cawangan. Dalam majlis tersebut YB Dato' juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 2000.00 bagi membaikpulih bengkel jahitan tersebut. Selain dari Majlis tersebut juga di adakan jamuan raya bagi meraikan penduduk di Kg. Sempeneh.




Rabu, 22 September 2010

LAWATAN KE KG. ULU SEPETANG YG. DI LANDA BANJIR


YB.Kapt(B) Dato' Mohd Najmuddin B. Hj. Elias meluangkan masa melawat mangsa banjir di Kg. Ulu Sepetang. Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Penghulu Mukim Batu Kurau dan Ketua Kampung Ulu Sepetang. Dalam lawatan tersebut YB Dato' telah menyampaikan sedikit sumbangan peribadi beliau kepada 7 buah rumah yg di tengelami air. YB Dato' juga akan berbincang dengan jabatan yang berkaitan bagi mendapat kan lot tanah buah penempatan mangsa banjir agar kejadian sebegini tidak berlaku lagi.


Khamis, 16 September 2010

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun yg ke 10 tahun

Dikesempatan pada Jamuan Aidilfitri, YB Dato turut sama menyambut Hari Ulangtahun  anakda beliau iaitu Adik Sakinah Hayani



Jamuan Rumah Terbuka YB Kapt(B) Dato' Hj. Mohd Najmuddin b. Hj. Elias

Majlis Jamuan Rumah Terbuka YB. Kapt(B) Dato'Hj. Mohd Najmuddin Bin Hj Elias. ADUN Kawasan Batu Kurau telah di adakan dalam suasana yang cukup meriah dengan kehadiran ribuan penduduk sekitar Batu Kurau dari pelbagai peringkat umur dan kaum. Sempena Majlis tersebut YB Dato' juga telah menyampaikan duit raya kepada semua kanak- kanak yang hadir serta turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada lebih 80 anak yatim sekitar DUN Batu Kurau.

Gambar- Gambar Sekitar Jamuan Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri























Selasa, 14 September 2010