Isnin, 15 November 2010

Salam Aidiladha dari YB Kapt(B) Dato' Hj. Mohd Najmuddin B. Hj. Elias dari Kota Suci Mekah

'Salam Pengorbanan Dari Bumi Anbia'

Saya kini berada di Padang Arafah. Haji mengajar kita erti sebuah pengorbanan dan perjuangan.Kadang-kadang kita kena bersabar kerana ada ketika apa yang kita hajati tidak dimakbulkan tuhan. Haji juga menjadikan kita lebih menghormati orang lain, berkerjasama dan saling membantu di antara satu sama lain. Jangan kita sombong dan bangga diri serta jangan kita bermasam muka walaupun kadang - kadang fahaman kita berbeza. Eratkan silaturahim dan kasih di antara kita. Tidak jatuh maruah kita kalau kita selalu memohon kemaafan dan mengakui kesalahan dan kekurangan kita. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon beribu- ribu kemaafan jika ada terkasar bahasa dan tingkah laku kepada sesiapa sahaja. Sebagai manusia, saya sangat lemah. Bantu dan bimbinglah saya, semoga kita semua diberkati Allah S.W.T.

Salam AidilAdha. Maaf Zahir dan Batin dari hamba yang hina,
Najmuddin Hj.Elias
Mekah Al-Mukarramah
14 November 2010 ( 10.54 pg waktu Malaysia )

MAJLIS PENERANGAN ISU-ISU SEMASA OLEH USTAZ ROSLAN KASSIM

Satu Majlis Ceramah Penerangan Isu- isu semasa telah di adakan pada 12 hb November yg lalu dengan jemputan penceramah Ybhg. Ustaz Roslan Kassim. Majlis itu telah mendapat sambutan apabila di penuhi dengan kehadiran orang ramai yg telah tiba seawal jam 8.30 mlm lagi. Turut sama pada malam tersebut ialah En Idilfitri Bin Rezuan Pegawai Khas Penasihat Agama Kepada YAB Menteri Besar Perak yang mewakili YB.Kapt(B) Dato' Hj. Mohd Najmuddin B. Hj. Elias yang tidak dapat hadir kerana berada di Tanah Suci Mekah. 


Khamis, 4 November 2010

Sekitar Lawatan Ke Kampung Pondok Tanjung

YB Kapt(B) Dato Hj. Najmuddin B. Hj. Elias telah turun sendiri ke rumah- rumah di kampung Pondok Tanjung bagi menyampaikan sumbangan peribadi beliau sempena sambutan Deepavali tidak lama lagi. Turut sama dalam lawatan tersebut ialah En. V. Balakrishnan Pengerusi MIC Cawangan Sungai Arah serta beberapa pemimpin kampung tersebut. Selain menyampaikan sumbangan, beliau juga turut melawat beberapa rumah serta mendengar pengaduan tentang masalah- masalah yang di hadapi oleh penduduk di situ.




Sumbangan Deepavali kepada Masyarakat India Di Kampung Pondok Tanjung