Selasa, 31 Januari 2012

Penyampaian Bantuan Kebakaran


 YB Dato' telah menyampaikan sumbangan bantuan Kebajikan kepada Pn. Faridah dari Kg. Sempeneh Cempaka. Sebelum ini YB Dato' telah menyampaikan bantuan peribadi beliau sejurus ketika  melawat rumah Pn. Faridah yang hangus terbakar. YB Dato' juga telah memanjangkan perkara tersebut kepada jabatan-jabatan yang berkaitan bagi meringankan beban yang di tanggung oleh keluarga Pn. Faridah. Jabatan Kebajikan Masyarakat antara jabatan yang telah meluluskan permohonan bantuan sebanyak RM 2500.00. Sementara itu pihak Baitulmal telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan ianya masih dalam proses kelulusan.
   



Rabu, 25 Januari 2012

Penyampaian Sumbangan sempena Sambutan Tahun Baru Cina


"Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2012"
Satu Majlis Penyampaian Sumbangan Tahun Baru Cina telah di adakan bertemapt di Dewan JKKK Batu 15, Batu Kurau baru- baru ini. Lebih daripada 60 warga emas serta penerima- penerima sumbangan telah hadir pada majlis tersebut. Selain daripada itu, YB Dato' juga telah mengziarah 10 rumah  warga - warga emas yang tidak dapat hadir ke rumah masing- masing. Turut serta dalam majlis tersebut ialah Penghulu Mukim Batu Kurau iaitu En. Badaruddin dan En Nawawi.












Khamis, 12 Januari 2012

CERAMAH AGAMA DI KAMPUNG KECEWA, BUKIT BERTAM

YB Dato' telah menyampaikan Ceramah Agama di Kampung Kecewa, Bukit Bertam. Dalam ceramah beliau, beliau telah menerangkan mengenai zikir- zikir yang harus diamalkan pada hari- hari tertentu yang mana di terangkan sekali fadilat dan kelebihan dalam mengamalkan zikir tersebut. 










ZIARAH DI KAMPUNG REPOH

" Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya" itu lah yang tergambar di kerut wajah YB Dato' kala menziarah warga emas yang terlantar di kampung Repoh baru - baru ini. Suasana yang menghibakan kerana ada antara yang seperti tidak percaya sebaik melihat YB Dato' melangkah masuk ke rumah mereka. Ada yang menangis dan ada yang memeluk YB Dato' kerana kesudian YB Dato' menziarah mereka. Sempena ziarah tersebut, YB Dato juga telah menyampaikan bantuan makanan serta sumbangan peribadi beliau. YB Dato' juga telah menemuramah waris keluarga mengenai keperluan yang diperlukann dan segala perkara yang diperlukan akan dipanjangkan samada dari beliau sendiri ataupun akan dirujuk kepada jabatan- jabatan yang berkaitan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.












CERAMAH AGAMA DI KAMPUNG BATU 20


YB Kapt(B) Dato' Hj. Mohd Najmuddin Elias telah mendapat jemputan dari penduduk Kampung Batu 20 baru- baru ini bagi menyampaikan Ceramah Agama bertempat di Dewan PPK KEMAS Kg. Batu 20. Dalam ceramah tersebut,  beliau telah menyampaikan ilmu mengenai kelebihan yang ada pada umat manusia serta beliau juga mengajar kaedah bagi bacaan untuk membuat air penawar kepada penduduk kampung tersebut. Dari raut wajah hadirin yang hadir pada ceramah tersebut jelas begitu gembira kerana YB Dato dapat hadir dalam menyampaikan ceramah di Kampung Batu 20 yang mana di luar kawasan YB Dato' itu sendiri.






Jumaat, 6 Januari 2012

ZIARAH DI KAMPUNG CHANGKAT LOBAK


Kesibukan YB Kapt Dato' Mohd Najmuddin Elias tidak menghalang beliau untu mengziarah pesakit di Kampung Changkat Lobak. Dalam kunjungan tersebut beliau juga meluangkan masa berbual dan mendengar keluhan pesakit- pesakit tersebut. Beliau juga telah menyumbangkan beberapa buah kotak makanan serta sumbangan peribadi beliau bagi meringankan sedikit bebanan yang di tanggung serta akan memanjangkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya kakitangan tersebut dapat hadir dan membantu sedaya mungkin mereka yang memerlukan.