Jumaat, 25 Januari 2013

Penyampaian Bantuan Khas Persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Kurau






PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN DI SEK. MEN. KEB. DATO' KAMARUDDIN BATU KURAU





PELAJAR CEMERLANG PMR SEKOLAH MENENGAH DATO' KAMARUDDIN, BATU KURAU.



Majlis Penyampaian Sumbangan Peribadi YB Kapt(B) Dato' Hj. Mohd Najmuddin Elias kepada 3 orang pelajar yang telah berjaya memperolehi kejayaan dalam Peperiksaan PMR 2012 . 


Adik Fathi Haziq Bin Ilham
9 A

Siti Fazihah Bt Ramli
9 A

Nurul Syafikah Bt. Abd. Rahman
8 A

        Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H yang berlangsung di Masjid Al- Samaniah Kampung Pantai Besar berlangsung dengan meriah dengan kehadiran hampir 1000 org. YB Kapt(B) Dato Hj. Mohd Najmuddin Elias telah menyampaikan Ceramah berkenaan dengan tema Maulidur Rasul " Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". Dalam majlis tersebut YB Dato turut menyampaikan Zakat peribadi keluarga beliau kepada 60 keluarga sekitar Kampung Pantai Besar. Turut hadir pada majlis tersebut, Penghulu Mukim Batu Kurau, Ketua Balai Polis Batu Kurau, Ketua- Ketua Kampung serta pemimpin- pemimpin tempatan. 






Salam MaulidurRasul 1434H.. " Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"..

Khamis, 10 Januari 2013

YB Kapt(B) Dato,Mohad Najmuddin telah meluangkan masa bagi mangziarah Adik Misha di Taman Rakyat Kamunting. Adik Misha merupakan pesakit barah tulang beliau telah mendeita selama lebih dari 3 tahun namun beliau kelihata ceria degan kehadian YB Dato pada pagi tersebut di rumah beliau. 






ZIARAH MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG CHANGKAT LARAH
8 Januari 2013 - Satu kebakaran telah berlaku di Kampung Changkat Larah. Kejadian yang berlaku pada jam 1.30 petang itu telah memusnahkan rumah bonda En. Saharuddin Che Talib. Dalam kejadian itu, dikatakan ianya berpunca daripada bebanan arus elektrik dan menyebabkan suis rumah tersebut tiba- tiba terbakar namun begitu tiada kemalangan jiwa. YB Kapt(B) Dato' Hj. Mohd Najmuddin Elias meluangkan masa bagi melawat keadaan rumah tersebut serta menyampaikan sumbangan peribadi beliau bagi meringankan beban mangsa kebakaran. Dalam masa yang sama Jabatan Kebajikan Masyarakat turut menyampaikan sumbangan. 






Selamat Tahun Baru 2013. Semoga tahun baru ini memberi lebih kejayaan buat Batu Kurau.

Untuk Kalendar edisi terhad ini. Kepada yang berminat boleh lah menghubungi Pejabat ADUN Batu Kurau di talian 058882388.
Sekolah Menengah Kampung Perak yang hampir siap sepenuhnya.
Dijangkakan sekolah ini akan mula beroperasi pada bulan Jun 2013.