Jumaat, 26 Februari 2010

   YB Dato' sekali lagi meluangkan masa membuat satu lawatan mengejut dan kali ini Kampung Pantai Besar menjadi pilihan. Lawatan ini juga di sertai bersama En. Zainal Amin (Ketua Kampung Pantai Besar) En. Saidi Bahari (Ketua Kampung Pantai Besar Ijok) En. Hambali Zolawal (Ketua Cawangan) En.Roslan Hamid ( Ketua Cawangan )En. Zulkifli Harun ( Ketua Cawangan ) berserta beberapa orang jawatankuasa cawangan. YB Dato' telah membuat lawatan  lebih dari lima belas buah rumah di sekitar Kpg Pantai Besar. Pelbagai permasalahan telah di lawati beliau antaranya sebuah jambatan yang roboh serta beberapa buah rumah yang daif. Beliau juga telah menghulurkan sumbangan peribadi beliau kepada setiap warga emas serta meluluskan beberapa bantuan yang diperlukan. Beliau juga akan memanjangkan permasalahan ini kepada jabatan -jabatan yang berkaitan antaranya Baitumal serta Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pada sebelah malamnya pula YB Dato telah menyampaikan kuliah Margrib di Masjid Kg.Pantai Besar dan selepas itu YB Dato' telah meluangkan masa beriadah bersama pemuda-pemuda di gelanggang badminton.
Keadaan Jambatan yang telah roboh akibat mendapan tanah





CERAMAH AGAMA DI MASJID KAMPUNG PANTAI BESAR.

RIADAH BERSAMA PEMUDA-PEMUDA

GAMBAR SEKITAR LAWATAN DATO MENZIARAH WARGA EMAS YANG UZUR DI KG.PANTAI BESAR


MESYUARAT ANUGERAH DESA CEMERLANG DI KG.JELAI

PERASMIAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI

Selasa, 23 Februari 2010

SUMBANGAN KERUSI RODA

Sdr Rosli bin Mohd Nor selaku Pegawai khas YB Dato, telah menyampaikan sumbangan kerusi Roda mewakili YB Dato' kepada Paksu Yuro dari Kampung Sempeneh Cempaka.

Isnin, 22 Februari 2010

Lebih 2000 orang telah hadir pada Program Kesyukuran Sempena Kemenangan Menteri Besar Perak baru- baru ini. Program yang dianjurkan Pejabat ADUN Batu Kurau ini diadakan secara sederhana namum meriah. Pada mulanya, program ini mesasarkan kepada ahli UMNO di peringkat cawangan di seluruh DUN Batu Kurau sahaja yang mana anggaran hanya pada 800 ahli yang akan hadir. Namun sambutan dikalangan seluruh masyarakat Batu Kurau amat luar biasa. Kehadiran jemputan seperti YBM Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Hj. Omar Ketua UMNO Bahagian Larut, serta pemimpin-pemimpin masyarakat menambah serikan lagi acara pada malam itu. Hadirin juga telah di hiburkan oleh Kumpulan Ghazal Pati Kampung Anak Kurau serta cabutan nombor bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah yang menarik. Bagi pihak YB Dato dan pihak Pejabat ADUN mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang hadir serta kepada yang terlibat samaada secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan program ini.

Gambar sekitar program

"Berat bahu yang memandang, berat lagi bahu yang memikul", begitulah ungkapan yang terjadi keatas keluarga adik Zafri Bin Zakaria dari Kampung Sempeneh Seberang yang terlibat dengan kemalangan. Atas keperihatinan itu, YB Dato' telah meluangkan masa mengziarah adik zafri serta menyampaikan sumbangan peribadinya bagi menampung keperluan harian adik zafri. YB Dato' juga telah mengarahkan agar Jabatan Kebajikan Masyarakat melawat adik zafri serta memberi bantuan yang sewajarnya dengan kadar yang segera.
MENGHADIRI KENDURI KAHWIN DI KAMPUNG SEMPENEH SEBERANG DAN KAMPUNG PONDOK QUIN

SUKAN TAHUNAN

PERASMIAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN TOK SAJAK,BATU KURAU


PERASMIAN PENUTUP SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG PERAK,BATU KURAU

KURSUS HAJI PERDANA DI MASJID AL-KURAWI, BATU KURAU

Perasmian Mesyuarat PIBG Sekolah Kebangsaan Ulu Sepetang

Khamis, 18 Februari 2010

BERSAMA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Program Jabatan Kebajikan Masyarakat
Tarikh: 18 Februari 2010
Masa: 9.00 pg
Tempat : Dewan JKKK Batu Kurau.

YB Dato' telah meluangkan masa bersama penerima-penerima bantuan kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

KBAKARAN DI KAMPUNG SUNGAI AKAR

YB.Dato' melawat rumah terbakar di Kampung Sungai Akar. Beliau turut menyumbangkan sumbangan peribadi beliau bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa. Beliau akan memastikan agar mangsa kebakaran ini mendapat perhatian sewajarnya oleh Jabatan yang berkenaan. Beliau juga akan memastikan agar proses bagi mempercepatkan bantuan terutama bagi membina kediaman yang baru.

Rabu, 17 Februari 2010

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


    Salam persaudaraan dan salam perpaduan.Minggu ini jadual saya agak padat terutama melibatkan program Keagamaan Peringkat Negeri termasuk program bersama Tuanku Raja Muda Perak melawat Pulau Pangkor. Pada minggu lepas jadual saya cukup padat melibatkan semua kaum khususnya di Batu Kurau.InsyaAllah saya akan paparkan gambar-gambar berkaitan majlis-majlis berkenaan untuk tatapan anda sekelian.
    Pada 20 hb Feb 2010 akan datang bermula jam 8.30 malam saya dan Pejabat ADUN Batu Kurau akan mengadakan Majlis Kesyukuran sempena kemenangan YAB Menteri Besar Perak dalam kes Mahkamah 9 hb Febuari yag lalu. Saya ingin menjemput tuan-tuan dan puan-puan hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Beberapa acara akan diadakan.Kehadiran anda sekelian besar ertinya sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pucuk pimpinan. Di Sebelah pagi esoknya saya akan menziarah peniaga-peniaga kuih kecil-kecilan bermula dari kg Anak Kurau hinggalah ke Kg Titi Kasai dan kuih-kuih tersebut akan saya sedekahkan kepada orang-orang miskin dan anak yatim sekitar DUN Batu Kurau.
    Langkah ini diharap dapat membantu peniaga-peniaga kecil dan mereka yang memerlukan. InsyaAllah selepas ini saya akan adakan pertemuan dengan jaga-jaga sekolah di seluruh DUN Batu Kurau. Semoga Allah memberkati usaha murni ini Sekian terima kasih...

Jumaat, 12 Februari 2010

CERAMAH AGAMA DI SEKOLAH MENENGAH JELAI

YB Dato' telah mendapat jemputan untuk menyampaikan ceramah Keibubapaan di Surau Sekolah Menengah Jelai pada pagi ini. Kehadiran seramai 300 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar,ibubapa serta penduduk-penduduk sekitar Kampung Jelai. Ini merupakan program yang pertama kali di adakan di Surau yang baru siap dibina. YB Dato' juga menyatakan kesyukurannya kerana permohonannya bagi membina Surau ini telah diluluskan oleh YAB Dato'Seri Najib Tun Abd.Razak sebanyak RM200.000.00.

BERIADAH BERSAMA PEMUDA-PEMUDA DI KPG. CHANGKAT SEMAMBU


CERAMAH AGAMA DI MASJID ANAK KURAU


YB Dato' telah meluangkan masa bersama - sama masyarakat cina khusus nya di DUN Batu Kurau bagi menyampaikan sumbangan peribadinya. Turut sama menghadiri program tersebut ialah wakil daripada MCA Bahagian Larut. YB Dato' juga telah memberi sumbangan sebanyak RM500.00 kepada Pengerusi MCA Bahagian iaitu En.Chan Tong Meng yang terlantar akibat Strok.

Gambar sekitar program
Di Kesempatan ini, Pejabat ADUN Batu Kurau mengucapkan Selamat Tahun
Baru Cina kepada seluruh masyarakat cina khususnya di DUN Batu Kurau..

Khamis, 11 Februari 2010

Majlis Penyerahan Papan Tanda Nama bagi Ketua-ketua Kampung DUN Batu Kurau telah di adakan bertempat di Perkarangan Rumah Pengerusi Ketua Kampung DUN Batu Kurau En Haji Tajuddin. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Kapten(B) Haji Mohd Najmuddin Bin Haji Elias Al-Hafiz ADUN Batu Kurau. Turut sama dalam program tersebut ialah Ketua Penolong Daerah En. Harun Mohd Rawi, Pegawai JKM Daerah En. Zamri, Penghulu Mukim Tuan Hj. Tajuddin dan Ketua-ketua Kampung bagi Mukim Batu Kurau. 
Sekitar gambar Perasmian serta penyerahan Papan Tanda Nama Ketua -Ketua Kampung

YB Dato' bersama Ketua Penolong Daerah Memasangkan Papan Tanda Nama bagi Ketua Kampung Batu 15 iaitu Tuan Hj. Tajuddin sebagai simbolik pada Program Penyerahan Papan Tanda Nama ini. 
Semua Ketua-ketua Kampung bagi Mukim Batu Kurau bergambar
 kenangan dengan  YB Dato' sebelum berpisah.
Program taklimat seumpama ini adalah julung-julung kalinya di adakan. Dan Batu Kurau adalah tempat yang pertama. Taklimat tersebut telah memberi pendedahan serta info-info terkini kepada semua ketua-ketua kampung mengenai peranan mereka bagi membasmikan kemiskinan. Selain daripada penerangan mengenai skim terkini  dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, program ini juga dapat menbincang serta mengatasi permasalahan yang di hadapi selama ini.
Ucapan aluan dari YB Dato' Kapten(B)Hj.Mohd Najmuddin Bin Hj. Elias Al-Hafiz

En. Zamri dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang memberi penerangan
mengenai info - info terkini serta mendengar permasalahan yang di ajukan kepada beliau.

YB DATO' TEGUR KETUA-KETUA KAMPUNG YANG TIDAK KOMITED PADA TUGAS

          YB.Dato' Kapten(B) Hj. Mohd Najmuddin Bin Hj. Elias telah melahirkan rasa kecewa terhadap sesetengah Ketua Kampung yang tidak komited terhadap tugas yang telah diamanahkan. Sepatutnya Ketua Kampung adalah mata telinga Kerajaan dan mereka mesti melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Taklimat Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada Ketua-ketua Kampung mukim Batu Kurau disini, pagi ini.
          Beliau menyeru agar Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat berkerjasama dengan Ketua-ketua Kampung dalam memastikan masalah - masalah di kampung dapat di selesaikan. Ini meliputi bantuan-bantuan warga emas,orang miskin,oku,baiki rumah dan lain-lain. Beliau tidak mahu penderitaan rakyat hanya di ketahui bila disiarkan di akhbar sahaja, oleh sebab itu Ketua-ketua Kampung mesti turun padang mengenal pasti mereka yang memerlukan dan memaklumkan kepada Beliau atau Penghulu untuk tindakan selanjutnya. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua Ketua-ketua Kampung seluruh Mukim Batu Kurau yang hadir pada majlis tersebut

Jumaat, 5 Februari 2010

Ketika saya tiba untuk solat Jumaat di Masjid Kg. Bukit Bertam, saya telah dijemput untuk membaca khutbah.Tetapi saya menolaknya dengan baik, di samping menghormati iman bertugas saya juga kena akur perintah DYTM Tuanku Raja Muda Perak.Saya tidak mahu mendatangkan keresahan dan tidak khusyuk di kalangan jemaah terutama pihak pembangkang.Jadi saya setuju untuk mengimankan solat sahaja. Ada satu perkara melucukan berlaku, ketika keluar dari masjid. Saya dapati kasut saya hilang tapi bukan sepasang cuma sebelah sahaja. Hampir 10 orang jemaah cuba mencarinya namun gagal di temui. Saya senyum macam tidak ada apap-apa berlaku. Ada seorang pakcik berkata," ini kerja orang yang tak puas hati dengan dato".Saya kata" jangan tuduh orang,berdosa". Seorang ahli PAS juga berada di situ dan dia mencadangkan untuk solat hajat. Saya kata tidak perlu, biarlah mereka nak buat apapun kat saya, Allah sahaja yang Maha Mengetahui segala-galanya. Inilah pertama kali dalam hidup saya kasut saya hilang sebelah....Pelik.
YB.Dato' sempat menziarah seorang warga emas yang mengalami sakit darah tinggi di Kg Bukit Bertam sebelum menunaikan solat sembahyang Jumaat di Masjid Kg. Bukit Bertam.

CATATAN YB DATO'


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemua kita sekali lagi di ruangan ini. Saya berdoa agar semua blogger-blogger berada dalam keadaan yang sihat selalu.

4/02/2010
Saya bertolak dari Ipoh tengahari tadi menuju ke Batu Kurau.Syukur Al-hamdulillah setelah sampai di Batu Kurau saya sempat menziarah warga emas dan orang sakit di Kampung Sempeneh Cempaka. Di antaranya ialah Mohd Yuro,Paksu Bahari, Mak Long Esah dan Awang Yusof ( Kg belakang Sekolah Tok Sajak). Walaupun mereka warga emas dan uzur tetapi mereka masih boleh mengenali saya.Sebahagian dari mereka telah mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan, yang belum dapat, saya akan panjangkan kepada Jabatan terbabit. Saya akan terus melakukan usaha turun padang secara mengejut begini supaya mereka terbabit tidak membuat persiapan(bersedia) dengan kehadiran saya. Saya tidak mahu orang ramai mengikut saya,sedangkan tak ada apa pun yang boleh kita janjikan kepada mereka.Syukur kerana dapat juga saya bantu sedikit sumbangan sekadar kemampuan saya.
        Pada sebelah malam saya berkesempatan menyampaikan ceramah agama di Surau Kg.Sungai Akar. Ramai juga yang datang. Dalam ceramah saya itu, saya telah menekankan saat-saat kematian. Diantara amalan-amalan yang boleh menyebabkan kita mati dalam kebaikan ialah :
                          i. Solat berjemaah
                         ii. Sentiasa berzikir
                        iii. Sentiasa bersedekah
                        iv. Bangun malam
                         v. Berbaik kepada Ibubapa
                        vi. Menghormati orang lain
                       vii. Menuntut ilmu
                         x. Akhlak yang baik

Sebenarnya melalui program ceramah seumpama ini, dapat juga saya beramah mesra dan bertemu rakyat secara langsung dengan mereka. Selalunya saya akan sumbang sedikit wang untuk penyedian jamuan ringan setiap kali saya hadir untuk menyampaikan ceramah di sekitar DUN Batu Kurau. Selesai menyampaikan ceramah saya terus ke Kg. Changkat Semambu untuk bermain badminton bersama anak - anak muda dan rakan taulan. Gembiranya rasa setelah penat bertemu rakyat,dapat pula beriadah bersama- sama. Begitulah harapan saya agar apa saja yang kita buat, biarlah ada perseimbangan di antara kehendak rohani dan jasmani. Agama jangan di lupakan.

5 Feb 2010 - Pagi ini saya bertemu rakyat di Pejabat saya(Bangunan UMNO Batu Kurau.) Selalunya hari Jumaat pukul 9.00 pagi saya mula bertemu rakyat, tapi nampaknya sudah ada orang menunggu seawal jam 8.00 pagi. Kebiasaanya paling sedikit  orang datang menemui saya di pejabat sekitar 40 orang.InsyaAllah hari ini saya akan bersolat Jumaat di Masjid Kg. Bukit Bertam, Batu Kurau dan selepas itu saya akan terus balik ke Ipoh kerana ada program lain di peringkat Negeri. Saya gembira dapat bertemu rakyat dan cuba menyelesaikan permasalahan mereka. Saya amat sedih sekiranya tidak dapat memuaskan hati rakyat akibat dari masalah-masalah tertentu. Memang orang yang datang menemui saya dari mereka yang memerlukan, kalau tidak mereka tidak akan datang. Sebab itulah fikiran saya selalu terganggu hingga terbawa- bawa dalam tidur sekiranya saya gagal menyelesaikan masalah mereka.
            InsyaAllah, saya akan terus melaksanakan tugas yang di amanahkan ini dengan sebaik mungkin. Semoga dengan sokongan teman-teman dan berkat hidayah ILLAHI. Saya akan terus menabur bakti demi Agama,Bangsa dan Negara.
                       

CERAMAH AGAMA

4 Feb 2010 - Pada sebelah malam, YB Dato' telah meluangkan masa untuk bersama -sama penduduk Kg. Sungai Akar untuk Solat Margrib berjemaah. YB Dato' juga telah menyampaikan Kuliah Margrib sementara menunggu masuknya waktu Solat Isyak.