Sabtu, 11 Februari 2012

MAJLIS PECAH TANAH JALAN ANAK KURAU KE KAMUNTING

 6 Februari 2012 - Majlis Pecah Tanah Jalan Anak Kurau ke Kamunting telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd. Kadir Menteri Besar Perak. Turut Sama dalam Majlis tersebut YB Kapt(B) Dato' Mohd Najmuddin Elias Adun Batu Kurau, YB Dato' Hamzah Zainuddin Ahli Parlimen Larut, YB Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Adun Kubu Gajah, YB Dato' Mohd Daud Adun Selama, Pegawai Daerah LMS, Ketua- Ketua Jabatan dan bekas- bekas ADUN bagi Parlimen Larut. Lebih 2500 orang telah hadir dalam majlis tersebut yang mana rata- rata bersyukur kerana akhirnya projek pembinaan laluan ini akhirnya berjaya dilaksanakan. Pembinaan ini di mulakan dengan fasa pertama yang mana melibatkan jarak laluan sejah 2.5 km yang menelan belanja RM 8 juta dan ia-nya diikuti fasa berikutnya menjadikan jarak keseluruhan sejauh 11km yang memakan masa hanya 10 minit dari Kg. Anak Kurau ke Kamunting. Dalam ucapan YAB Menteri Besar Perak, beliau berharap dengan adanya laluan tersebut ia nya akan menjadi suatu titik permulaan bagi kemajuan kawasan sekitar Kg.Anak Kurau. Beliau juga telah meluluskan sejumlah RM 130 ribu bagi menaik taraf keadaan longkang dan parit sekitar Kg. nak Kurau. Sementara itu dalam majlis tersebut, YB Kapt(B) Dato' Mohd Najmuddin Elias dan YB. Dato' Hamzah Zainuddin telah diberi Anugerah Khas oleh penduduk - penduduk kampung kerana menghargai peranan kedua- dua pemimpin yang telah bersungguh-sungguh dalam menjadikan projek pembinaan jalan ini menjadi kenyataan.