Selasa, 21 Disember 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PERSEKOLAHAN DARI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Seramai lebih 200 pelajar yang telah menerima bantuan pakaian sekolah yang telah di sempurnakan penyerahan nya oleh YB Kapt(B) Dato' Hj. Mohd Najmuddin Bin Hj. Elias ADUN Batu Kurau. Selain dari Sekolah Rendah dan Menengah. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil turut menerima bantuan tajaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat pada majis tersebut.



FORUM PERDANA MAAL HIJRAH

MAJLIS FORUM PERDANA SEMPENA MAAL HIJRAH 1432
Tajuk Forum : 1 Ummah 1 Perpaduan

Majlis tersebut telah di adakan bertempat di Padang Bola Kampung Bukit Bertam telah di pengerusikan oleh Al- Fadil Ustaz Khairul Asraf Bin Zulkifli. Majlis anjuran Belia Bertam Bersatu dan JKKK Kg. Bukit Bertam dengan kerjasama Pejabat ADUN Batu Kurau ini telah menjemput YB Kapt(B) Dato' Hj. Mohd Najmuddin B. Hj. Elias Al- Hafiz ADUN Batu Kurau bersama Al- Fadil Ustaz Hj. Dzulkarnain B. Hj. Hamzah Pengacara Iman Muda Astro Oasis sebagi Ahli Panel pada Forum tersebut.



Isnin, 13 Disember 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN CEK YAYASAN PERAK 2010

Majlis Penyampaian Cek Yayasan Perak telah di adakan pada 10 hb Disember 2010 bersamaan hari Jumaat yang lepas. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Kapt(B) Dato' Hj. Najmuddin Bin Hj. Elias. Menurut YB. Dato' dalam ucapan nya seramai 250 orang pelajar yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi telah menghantar borang permohonan Yayasan Dermasiswa dan seramai 200 pelajar telah di luluskan dan menerima bantuan kewangan tersebut pada tahun ini manakala baki pemohonan seramai 50 orang sedang menunggu bantuan tersebut. Ini merupakan satu peningkatan yang memberangsangkan dan bersesuai dengan slogan " Batu Kurau Berilmu ".




MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PDK BATU KURAU 2010




Khamis, 2 Disember 2010

JABATAN KERJA RAYA (JKR ) ATASI BANJIR KILAT DI BATU KURAU

Persidangan DUN semalam diberitahu bahawa JKR akan memulakan kerja-kerja naik taraf jalan dan parit sekitar kawasan Tokong Cina dan jalan masuk ke Kampung Batu Bertindan bagi mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku setiap kali hujan lebat sehingga menimbulkan kesesakan lalulintas. YB Dato' Ramli Bin Zahari, EXCO Kerajaan Negeri dalam jawapannya kepada soalan yang dikemukakan ADUN Batu Kurau YB Kapt(B) Dato'Hj.Najmuddin Hj.Elias. Adalah diharapkan agar masalah ini dapat direalisasikan secepat mungkin demi keselesaan penduduk- penduduk khususnya di Batu Kurau.

Isnin, 15 November 2010

Salam Aidiladha dari YB Kapt(B) Dato' Hj. Mohd Najmuddin B. Hj. Elias dari Kota Suci Mekah

'Salam Pengorbanan Dari Bumi Anbia'

Saya kini berada di Padang Arafah. Haji mengajar kita erti sebuah pengorbanan dan perjuangan.Kadang-kadang kita kena bersabar kerana ada ketika apa yang kita hajati tidak dimakbulkan tuhan. Haji juga menjadikan kita lebih menghormati orang lain, berkerjasama dan saling membantu di antara satu sama lain. Jangan kita sombong dan bangga diri serta jangan kita bermasam muka walaupun kadang - kadang fahaman kita berbeza. Eratkan silaturahim dan kasih di antara kita. Tidak jatuh maruah kita kalau kita selalu memohon kemaafan dan mengakui kesalahan dan kekurangan kita. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon beribu- ribu kemaafan jika ada terkasar bahasa dan tingkah laku kepada sesiapa sahaja. Sebagai manusia, saya sangat lemah. Bantu dan bimbinglah saya, semoga kita semua diberkati Allah S.W.T.

Salam AidilAdha. Maaf Zahir dan Batin dari hamba yang hina,
Najmuddin Hj.Elias
Mekah Al-Mukarramah
14 November 2010 ( 10.54 pg waktu Malaysia )

MAJLIS PENERANGAN ISU-ISU SEMASA OLEH USTAZ ROSLAN KASSIM

Satu Majlis Ceramah Penerangan Isu- isu semasa telah di adakan pada 12 hb November yg lalu dengan jemputan penceramah Ybhg. Ustaz Roslan Kassim. Majlis itu telah mendapat sambutan apabila di penuhi dengan kehadiran orang ramai yg telah tiba seawal jam 8.30 mlm lagi. Turut sama pada malam tersebut ialah En Idilfitri Bin Rezuan Pegawai Khas Penasihat Agama Kepada YAB Menteri Besar Perak yang mewakili YB.Kapt(B) Dato' Hj. Mohd Najmuddin B. Hj. Elias yang tidak dapat hadir kerana berada di Tanah Suci Mekah. 


Khamis, 4 November 2010

Sekitar Lawatan Ke Kampung Pondok Tanjung

YB Kapt(B) Dato Hj. Najmuddin B. Hj. Elias telah turun sendiri ke rumah- rumah di kampung Pondok Tanjung bagi menyampaikan sumbangan peribadi beliau sempena sambutan Deepavali tidak lama lagi. Turut sama dalam lawatan tersebut ialah En. V. Balakrishnan Pengerusi MIC Cawangan Sungai Arah serta beberapa pemimpin kampung tersebut. Selain menyampaikan sumbangan, beliau juga turut melawat beberapa rumah serta mendengar pengaduan tentang masalah- masalah yang di hadapi oleh penduduk di situ.




Sumbangan Deepavali kepada Masyarakat India Di Kampung Pondok Tanjung










Rabu, 27 Oktober 2010

KEMERIAHAN KARNIVAL PERPADUAN 1MALAYSIA MESRA RAKYAT KEMAS DUN BATU KURAU

Hari Pertama 16 Oktober 2010

Majlis Pelancaran Karnival Perpaduan 1Malaysia telah disempurnakan oleh YB.Kapt(B) Dato' Hj. Mohd Najmuddin Bin Hj. Elias Al- Hafiz Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Kurau. Turut sama dalam Majlis Pelancaran tersebut ialah Puan Faridah Pegawai KEMAS LMS, Pegawai Perpaduan LMS.K, Penghulu Mukim Tuan Hj. Tajuddin Ismail, Pemimpin MCA, MIC serta Pemimpin- pemimpin tempatan.


Majlis memotong Riben Pelancaran serta perasmian Karnival Perpaduan 1Malaysia Mesra Rakyat Kemas DUN Batu Kurau telah di sempurnakan oleh YB Dato'.



Persembahan Jemputan dari Kakitangan Pusat Sains Negara


Aktiviti SenamRobik




Lawatan YB.Dato' ke Pusat Pameran serta gerai jualan




Suasana kemeriahan sempena Karnival dengan kehadiran lebih 1000 pengunjung pada hari pertama




YB Dato' memulakan sepakan bagi menandakan permulaan Pertandingan Sepak Takraw Kalah Singkir Sempena Karnival Perpaduan 1Malaysia Mesra Rakyat Kemas DUN Batu Kurau



 Pertandingan Bola Sepak Persahabatan antara Pihak Media Perak dengan Pasukan ADUN Batu Kurau



Pertandingan Karaoke Patriotik dan Karaoke Kanak-kanak 

 Persembahan Ghazal Party Anak Kurau


Penyampaian Hadiah Pertandingan Sepak Takraw Kalah Singkir telah di sampaikan oleh Tuan Hj. Tajuddin Ismail Penghulu Mukim Batu Kurau