Isnin, 30 November 2009





Majlis Qurban DUN Batu Kurau

Pada 28 November 2009 Satu Majlis Qurban Peringkat DUN Batu Kurau telah di adakan di pekarangan Kebun milik YB Dato' Kapten sendiri di Kampung Paya. YB Dato' telah menggorbankan 3 ekor lembu dan seekor kambing untuk di agihkan kepada penduduk sekitar DUN Batu Kurau. Daging - daging korban tersebut telah diserahkan kepada semua Ketua - ketua Cawangan di setiap DUN Batu Kurau.

Gambar Sekitar Majlis Qurban





Khamis, 26 November 2009




Salam Adiladha kpd Muslimin dan Muslimat sekalian, Sempena hari yang mulia ini, izinkan saya mengambil kesempatan untuk memohom ampun dan maaf di atas dosa dan kesilapan saya selama ini kerana kita sebagai manusia tidak terlepas daripadanya. Perjuangan perlukan kesabaran, justeru itu saya bersedia menerima teguran walaupun dari pihak pembangkang demi memajukan Batu Kurau, Saya berharap kita tidak mudah menyalahkan orang lain, marilah kita sama - sama hormat- menghormati di antara satu sama lain. Insya-Allah banyak lagi program akan di laksanakan untuk menjadikan Batu Kurau " Maju Dan Berilmu ".Setiap pelajar yang dapat 5A dalam peperiksaan UPSR akan saya berikan ganjaran, begitu juga kepada sekolah mereka. Akhir kata, tegurlah saya kalau ada kesilapan.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin.
Ikhlas dari saya

YB.Dato'Kapten(B) Haji Najimuddin Bin Haji Elias Al-Hafiz
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Kurau Merangkap
Penasihat Hal Ehwal Agama Kepada Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

Isnin, 23 November 2009


KURSUS PENGURUSAN JENAZAH DUN BATU KURAU
Tempat : Masjid Ar- Rizuaniah Kampung Perak
Tarikh : 21 November 2009
Masa : 8.30 pagi
Kehadiran : 100 peserta

Kursus Pengurusan Jenazah Dun Batu Kurau





Perasmian Anugerah Cemerlang Sekolah Agama Rakyat Al _ Falah


Perasmian Anugerah Cemerlang Sekolah Agama Rakyat Al _ Falah
Tarikh : 21 November 2009
Tempat : Sekolah Agama Rakyat Al Falah Kampung Perak
Masa : 9.00 pg