Ahad, 16 Januari 2011

MESYUARAT MAJLIS PECAH TANAH MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN NURUL IMAN BATU 14 1/2 BATU KURAU

Mesyuarat Majlis Pecah Tanah Maahad Tahfiz Al- Quran Nurul Iman telah di adakan bertempat di Dewan Astaka, Batu Kurau. Seramai lebih 90 orang telah hadir yang terdiri daripada Ketua- Ketua Jabatan, Ketua Ketua Kampung DUN Batu Kurau serta Ketua UMNO Cawangan DUN Batu Kurau. YB Dato' sendiri tela mempengerusikan mesyuarat pada petang tersebut.


Isnin, 10 Januari 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN BANJIR

MIC BAHAGIAN LARUT TELAH MENGADAKAN MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KEPADA MANGSA- MANGSA BANJIR KAMPUNG KASI, ULU SEPETANG. SERAMAI 15 KELUARGA TELAH MENERIMA BANTUAN DARIPADA PEJABAT DAERAH DAN PEJABAT KEBAJIKAN. EN. IDILFITRI BIN REDZUAN SELAKU PEGAWAI KHAS KEPADA YB. KAPT(B) DATO' HJ MOHD NAJMUDDIN BIN HJ. ELIAS TELAH MENYAMPAIKAN BANTUAN TERSEBUT KEPADA SEMUA PENERIMA. TURUT SAMA DALAM MAJLIS TERSEBUT IALAH KETUA KAMPUNG CHANGAT LARAT EN. ILLYAS SERTA PEMIMPINAN MIC BAHAGIAN.




Rabu, 5 Januari 2011

PROGRAM BERSAMA PEJABAT KESIHATAN DAERAH

YB Kapt(B)Dato'Hj. Mohd Najmuddin bin Hj. Elias ADUN Batu Kurau telah meluangkan masa bersama Pegawai - pegawai Pejabat Kesihatan Daerah ke Sekolah Kebangsaan Pantai Besar bagi melawat serta memberikan suntikan kepada pelajar- pelajar sekolah berkenaan. Turut sama dalam lawatan beliau ialah Penghulu Mukim Batu Kurau dan Ketua Kampung Pantai Besar serta pemimpin tempatan.



Isnin, 3 Januari 2011

MAJLIS PEMANTAPAN KEPIMPINAN DUN BATU KURAU

 Majlis Pemantapan Kepimpinan DUN Batu Kurau telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran pemimpin- peminpin semua cawangan termasuk dari JKKK,UMNO, MCA, MIC dan IPF. Majlis yang di sumbang sepenuhnya oleh YB Kapt(B ) Dato' Hj. Mohd Najmuddin Bin Hj. Elias. Beliau juga tidak melupai sumbangan serta menghargai jasa- jasa Veteren UMNO,MCA,MIC dan IP apabila turut di undang sebagai tetamu khas pada malam tersebut. Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan Ghazal Party dari Kampung Anak Kurau dan persembahan Bunga Api bagi menyambut kedatangan tahun baru 2011.




Menziarah Sdr Hazani. Ketua Penerangan Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Larut.

YB Kapt(B) Dato' Hj. Mohd Najmuddin Bin Hj. Elias meluangkan masa menziarah Sdr. Hazani Bin Zolawal yang mengalami kecederaan akibat terlibat dalam kemalangan baru- baru ini.


MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PERSEKOLAHAN

Majlis Penyampaian Bantuan Pakaian Sekolah anjuran Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Larut kepada lebih 500 penerima dari seluruh Larut. Turut sama hadir bagi penyerahan bantuan tersebut ialah YB Kapt(B) Dato' Hj. Mohd Najmuddin B. Hj. Elias ADUN Batu Kurau, Y.Bhg Tuan Hj. Faizul Arbi Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Perladangan, Perusahaan dan Komoditi, Sdr. Anuar Ariffin Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Larut serta pemimpin- pemimpin tempatan.  




MAJLIS PERASMIAN PROJEK BANTUAN AIR MASYARAKAT

Majlis Perasmian Projek Bantuan Air Masyarakat telah di sempurnakan oleh YB Dato' Hamzah Zainuddin Timbalan Menteri Perladangan, Perusahaan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Larut bertempat  di Kampung Sempeneh Seberang, Batu Kurau. Majlis juga turut di hadiri oleh YB Kapt(B) Dato Hj. Mohd Najmuddin B. Hj. Elias ADUN Kawasan Batu Kurau.