Jumaat, 6 Januari 2012

ZIARAH DI KAMPUNG CHANGKAT LOBAK


Kesibukan YB Kapt Dato' Mohd Najmuddin Elias tidak menghalang beliau untu mengziarah pesakit di Kampung Changkat Lobak. Dalam kunjungan tersebut beliau juga meluangkan masa berbual dan mendengar keluhan pesakit- pesakit tersebut. Beliau juga telah menyumbangkan beberapa buah kotak makanan serta sumbangan peribadi beliau bagi meringankan sedikit bebanan yang di tanggung serta akan memanjangkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya kakitangan tersebut dapat hadir dan membantu sedaya mungkin mereka yang memerlukan.









Selasa, 27 Disember 2011


Majlis Walimatul Urus Sekitar Batu Kurau

Sudah menjadi satu kebiasaan bagi YB Dato bagi meluangkan masa menghadiri Majlis- Majlis Perkahwinan. Kadang- kadang hampir lebih dari 15 buah rumah YB Dato' hadiri dalam masa satu hari. Setiap undangan akan cuba dipenuhi beliau walaupun beliau sibuk dengan pelbagai jemputan lain namun demi rakyat, beliau akan sedaya upaya hadir.
















ZIARAH


 YB Kapt(B) Dato' Hj. Mohd Najmuddin Elias telah meluangkan masa mengziarah rakyat di Batu Kurau baru- baru ini. Dalam pada itu, YB Dato' turut menyampaikan sumbangan peribadi beliau bagi meringankan beban serta YB Dato' juga akan memanjangkan permasalah yang dihadapi kepada jabatan- jabatan yang berkaitan.