Khamis, 2 Disember 2010

JABATAN KERJA RAYA (JKR ) ATASI BANJIR KILAT DI BATU KURAU

Persidangan DUN semalam diberitahu bahawa JKR akan memulakan kerja-kerja naik taraf jalan dan parit sekitar kawasan Tokong Cina dan jalan masuk ke Kampung Batu Bertindan bagi mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku setiap kali hujan lebat sehingga menimbulkan kesesakan lalulintas. YB Dato' Ramli Bin Zahari, EXCO Kerajaan Negeri dalam jawapannya kepada soalan yang dikemukakan ADUN Batu Kurau YB Kapt(B) Dato'Hj.Najmuddin Hj.Elias. Adalah diharapkan agar masalah ini dapat direalisasikan secepat mungkin demi keselesaan penduduk- penduduk khususnya di Batu Kurau.

1 ulasan:

  1. Baguslah dah pun ditambak jalan besar berhampiran Tokong Cina. Pasti tak tenggelam lagi tempat itu. Pada firasat sayalah rasanya SMDK akan menerima limpahan banjir lebih teruk dari masa lalu termasuklah kampung berhampiran dengannya. Kerana projek ini hanya melepaskan batuk ditangga tanpa dirancangkan dengan teliti. Namun tak apa kita tengoklah apabila tiba musim tengkujuh nanti.

    BalasPadam