Isnin, 1 Mac 2010

Pada 28 hb Februari  2010, YB Dato telah membuat satu lawatan ke Kampung Perak. Turut sama dalam lawatan tersebut ialah En. Zakaria Bin Hamid (Ketua Kampung Perak) En. Zulkepli M. Hashim ( Ketua Cawangan Toh Paduka) En. Annuar Bin Darus (Ketua Pemuda Bonggol Sebelah ) En. Shahidan Desa ( Ketua Cawangan Bawah Gunung ) dan beberapa penduduk kampung. Seramai lebih 20 warga emas, pesakit dan keluarga daif yang telah di lawati oleh YB Dato. Dalam lawatan tersebut beliau telah menyumbangkan sumbangan peribadi beliau serta meluluskan permohonan bantuan kerusi roda sebanyak 2 buah dan bantuan untuk membaiki rumah. Lawatan itu telah di mulakan di Kampung Toh Paduka pada jam 11.45 pagi,dan seterusnya ke  Kampung Perak, Kg. Bawah Gunung, Kg. Bonggol Sebelah dan tamat di Kampung Padang Lalang pada jam 3.00 petang. Selepas pada sesi lawatan itu, YB Dato terus ke Sekolah Agama Rakyat Kampung Changkat Perah untuk menyampaikan Ceramah Agama. Aktiviti Beliau tidak terhenti di situ kerana beliau terus ke Kampung Perak untuk mengiringi EXCO Kerajaan Perak merasmikan Pertandingan Marhaban peringkat Parlimen Larut.
           Pada sebelah malamnya pula YB Dato' berada di Masjid Kampung Titi Kasai untuk menyampaikan kuliah margrib. Walaupun ketika itu hujan lebat namun ia tidak menjadi satu halangan pada beliau. Selepas solat isyak, YB Dato' terus ke Kampung Perak untuk menyampaikan ceramah agama sempena Majlis Penutupan Pertandingan Marhaban peringkat Parlimen Larut.
YB Dato' melihat keadaan rumah yang daif di Kampung Bawah Gunung

Bersama bekas tentera yang mengidap penyakit Strok. YB Dato' juga telah meluluskan bantuan kerusi roda bagi memudahkan menjalani aktiviti harian.

YB Dato' amat perihatin dalam menjaga kebajikan rakyat. Beliau bukan sekadar melawat tetapi berkerja untuk rakyat.


YB Dato' tekun mendengar aduan dari penduduk. Walaupun kedengaran kasar cara aduan tersebut tetapi YB tetap sabar dan meneruskan niatnya demi membantu rakyat yang memerlukan.

Maklumat yang diperolehi akan terus di sampaikan kepada Jabatan yang berkaitan demi memastikan bantuan yang di perlukan segera di ambil tindakan.

Bersama  veteran UMNO yang banyak jasanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan