Isnin, 19 September 2011

Sambutan Hari Malaysia dan Kemerdekaan Ke - 54


Sambutan Hari Malaysia Dan Hari Kemerdekaan Ke - 54 telah berlangsung dalam suasana yang meriah dan di luar jangkaan. Seramai lebih 1000 orang telah hadir bagi mewakili 22 JKKK Mukim Batu Kurau, MCA, MIC serta peblbagai Pertubuhan lagi. Program ini telah bermula pada jam 8.00 pagi apabila 24 kontijen berarak dan menerima Tabik Hormat oleh YB Kapt(B) Dato' Hj. Mohd Najmuddin Elias bermula dari Sekolah Kebangasaan Toh Sajak sehingga ke Dewan Astaka Batu Kurau. 




Kelab Basikal Klasik Batu Kurau juga tidak ketinggalan menyertai perarakan tersebut. Sebanyak 54 buah basikal klasik yang terlibat dan di ketuai oleh Tn. Hj. Amer Madali Presiden Kelab Basikal Klasik Batu Kurau.













Pada sebelah malam pula diadakan pelbagai acara menarik iaitu Pertandingan Karaoke Patriotik, Persembahan Puisi serta Gurindam kemerdekaan, Penyampaian Hadiah bagi Johan Pembarisan, serta Cabutan No. Bertuah dan Persembahan Bunga Api.












3 ulasan:

  1. Sewaktu lawatan ke Ipoh dia sudah naik bas. Molek lah kiranya Kapten Najimuddin Ilyas jemput perdana menteri untuk merasai naik kereta Brek Sapu pulak. Di batu Kurau kan banyak kereta Brek Sapu, boleh Datuk Seri Najib Merasai nya.

    Isteri beliau Datin Rosmah pun boleh cuba sekali, tapi bila melalui kona-kona dekat kilang rotan tu dia turun dulu takut kereta senget ke tepi dan terbabas.

    Pasti selepas itu orang Batu Kurau akan bertambah lagi undi UMNO,..dari tabuans blog

    BalasPadam
  2. Tak haram ka Ustaz main cabut No. Bertuah ini..tak haram ka membazir bakar bunga api tu

    BalasPadam
  3. Melihat sungguh sedih, nak bercakap bertambah lah sedih, melihat sekolah Jelai yang terbakar itu, anak-anak bangsa Melayu yang menuntut ilmu di situ. Mak dan ayah bekerja kampung, menoreh getah, mengait sawit, mencari depu, mencari rotan. bekerja kilang, memungut buah. Anak-anak ini lah yang di harap mereka. Anak-anak ini lah yang di harap akan membela mereka nanti, menjadi anak bangsa yang berjaya. Namun sekolah mereka untuk menuntut Ilmu terbakar, tidak dapat di selamatkan, kerana balai bomba nun jauh di pekan Taiping. Tempat Orang Cina ramai. Melopong lah mereka bila melihat sekolah mereka terbakar.

    Namun kesedihan ini lebih terasa, lebih terbakar lubuk hati, bila melihat Perdana Menteri Melayu, yang di sokong oleh orang UMNO Jelai, Batu Kurau dan Larut lebih suka memberi Bantu kepada sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

    Lihat lah baru-baru ini, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Pulau Pinang. Negeri yang di perintah oleh DAP, negeri yang menghalau orang Melayu, negeri yang meruntuh kedai-kedai orang Melayu, Negeri yang tak bagi guna pembesar suara, tetapi Perdana Melayu lebih suka datang ke sini. Perdana menteri a.k. President UMNO yang di sokong orang Jelai yang sekolah anak mereka terbakar ini, baru-baru ini menghulurkan bantuan yang besar kepada Sekolah Cina di negeri Pulau Pinang.

    Setiap Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dapat Rm 1 juta. Namun orang Kampung Jelai hanya nga-nga dan terus nga -nga bila melihat kerangka hitam sekolah anak mereka...tabuans

    BalasPadam