Jumaat, 5 Februari 2010

Ketika saya tiba untuk solat Jumaat di Masjid Kg. Bukit Bertam, saya telah dijemput untuk membaca khutbah.Tetapi saya menolaknya dengan baik, di samping menghormati iman bertugas saya juga kena akur perintah DYTM Tuanku Raja Muda Perak.Saya tidak mahu mendatangkan keresahan dan tidak khusyuk di kalangan jemaah terutama pihak pembangkang.Jadi saya setuju untuk mengimankan solat sahaja. Ada satu perkara melucukan berlaku, ketika keluar dari masjid. Saya dapati kasut saya hilang tapi bukan sepasang cuma sebelah sahaja. Hampir 10 orang jemaah cuba mencarinya namun gagal di temui. Saya senyum macam tidak ada apap-apa berlaku. Ada seorang pakcik berkata," ini kerja orang yang tak puas hati dengan dato".Saya kata" jangan tuduh orang,berdosa". Seorang ahli PAS juga berada di situ dan dia mencadangkan untuk solat hajat. Saya kata tidak perlu, biarlah mereka nak buat apapun kat saya, Allah sahaja yang Maha Mengetahui segala-galanya. Inilah pertama kali dalam hidup saya kasut saya hilang sebelah....Pelik.

2 ulasan:

  1. Salam...sabar...semua ada hikmah nya...

    BalasPadam
  2. Dato'... agaknyer orang susah ler tu.. kurang sebelah lg kasut tak cukup, tu la pasal kasut dato ilang sebelah tu.. ekekeke.. jangan dia ambik untuk ambik berkat dato dah ler, dah menyimpang tuuu...

    BalasPadam