Isnin, 1 Februari 2010

 Salam Sejatera. Di kesempatan ini ingin saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat khususnya di DUN Batu Kurau yang telah banyak membantu saya selama ini. InsyaAllah saya tidak akan melupakan segala bantuan terhadap sokongan rakyat selama ini. Untuk makluman semua saya telah pun memanjangkan pemohonan projek-projek kecil di DUN Batu Kurau seperti jalan,jambatan,dewan dan lain-lain lagi untuk di laksanankan pada tahun ini. Saya akan maklumkan perinciannya sebaik sahaja memdapat kelulusan dari pihak kerajaan. Yang penting pasti ada khabar gembira bagi rakyat Batu Kurau. Saya juga ingin menarik perhatian, pembangunan di Pekan Batu Kurau agak sukar dilaksanankan. Ini adalah kerana Pekan tersebut adalah milik individu,Mereka tidak sepakat bagi sama- sama memajukan lagi pekan Batu Kurau. Adalah menjadi harapan agar pemilik-pemilik tanah berkenaan dapat bertolak ansur dan memberi kebenaran kepada pihak yang ingin memajukan pekan Batu Kurau. Di Batu Kurau sudah tidak ada tanah kerajaan yang boleh dijadikan pekan baru dan di harap Kerajaan Negeri dapat memberi cadangan bagaimana pekan tersebut dapat di bangunkan . Di Kesempatan ini juga, saya ingin memaklumkan bahawa Program Juara Rakyat akan di laksanakan di seluruh kampung di DUN Batu Kurau. InsyaAllah perincian mengenainya akan dimaklumkan kemudian.
           Baru - baru ini saya mengiringi lawatan YAB Menteri Besar Perak ke Kampung Padang Das, saya kagum kerana begitu ramai yang hadir, cuma saya agak sedih bilamana pihak PAS memasang bendera parti mereka sepanjang jalan dan laluan YAB Menteri Besar ke situ. Kalau kita nak berpolitik pun buatlah secara hikmah.Jangan timbulkan kemarahan orang lain.Kalau kita yang bercakap soal persaudaraan dan iman, apakah kita tergamak buat sesuatu perkara yang boleh menghancurkan persaudaraan itu sendiri.Biarlah kita menjadi manusia yang mengamankan orang lain bukan pertelingkahan..
Sekian, semoga kita berjumpa lagi..Terima Kasih. 

1 ulasan:

  1. kawasan tersebut mmg kubu kuat PAS
    tapi takpa..Allah akan balas apa saja perbuatan mereka..sabar dan doa adalah yang terbaik bagi kita umat islam.
    takpa..sekarang ramai dah sedar perjuangan mereka berada paling bawah dalam pakatan
    no1 PKR, No2 DAP no3 PAS
    sebab tu mereka ikut saja apa yang orang lain..

    Pemuda Kpg Paya
    kami anak2 muda dah tahu siapa PR sebenarnya..
    ramai juga rakan2 dulu yang mana penyokong tegar PR dah pakat2 kalih..
    Alhamdulillah

    BalasPadam