Khamis, 12 Mei 2011

 Bangunan segera SK Kg Jelai bernilai RM 500 ribu telah digunakan pada sesi persekolahan tahun ini.  Susulan dari surat permohonan yang dihantar oleh YB Adun Batu Kurau kepada YAB TPM, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah meminta pihak sekolah tersebut membuat perincian untuk membina bangunan baru yang dianggarkan RM 6.7 juta. Ketika lawatan mengejut ke sekolah tersebut,YB kapten berkata bahawa beliau akan bertemu sendiri dengan YAB TPM untuk menyegerakan projek tersebut demi keselesaan dan keselamatan pelajar. 



YB kapten sedang diberi taklimat oleh pihak sekolah di hadapan bangunan baru bernilai RM 500 ribu yang menmpatkan empat buah bilik darjah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan