Khamis, 26 Mei 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI IBU PERINGKAT DUN BATU KURAU

Majlis Sambutan Hari Ibu telah mendapat sambutan yang mengalakan. Pelbagai Anugerah telah disampaikan termasuk penyampaian Anugerah Ibu Mithali kepada 42 cawangan yang dipilih. Majlis yang dianjurkan oleh Pergerakan Wanita UMNO DUN Batu Kurau bertempat di Dewan Astaka ini telah disempurnakan oleh YB Kapt(B) Dato' Hj. Mohd Najmuddin Hj Elias ADUN Batu Kurau dan turut di hadiri oleh Penghulu Mukim Batu Kurau serta semua pemimpin -pemimpin di DUN Batu Kurau. Pada malam tersebut 3 Kategori Anugerah telah disampaikan iaitu Anugerah Ibu Contoh, Anugerah Ibu Mithali serta satu Anugerah Ibu Terbilang. 









Anugerah Ibu Contoh


Anugerah Ibu Contoh


Para hadirin tekun melihat di layar skrin pemenang Anugerah Ibu Mithali dan terharu serta turut sedih apabila nama Allahyarhamah Hajah Nadzirah B. Hj Ismail iaitu bonda kepada YB Kapt(B) Dato' Mohd Najmuddin B. Hj. Elias di Anugerahkan Ibu Terbilang Peringkat DUN Batu Kurau.



Kesedihan jelas terpancar di wajah YB Dato' sebaik melihat persembahan Skrin mengenai Anugerah Ibu Terbilang 2011 Peringkat DUN Batu Kurau.

Ustaz Hasbullah . Hj. Elias mewakili keluarga Allahyarhamah Hajah Nadzirah B. hj. Ismail bagi menerima Anugerah tersebut 


Acara memotong Pulut Kuning bersama semua Ibu Mithali yang di pilih mewakili 42 cawangan bagi DUN Batu Kurau






Tiada ulasan:

Catat Ulasan